Masalah ketagihan seks ini boleh dikatakan amat serius apabila diri sudah tidak mampu mengawal nafsu. Begitulah nasib wanita dari Australia yang telah meniduri 700 lelaki semasa mengalami masalah tersebut.
Belinda Rygier, 38 mengaku ketagihannya berada di fasa paling tinggi hingga dia melihat lelaki sebagai bahan untuk memuaskan nafsunya. Rygier akan cuba ‘memancing’ mana-mana lelaki secara rawak termasuk di pasar raya untuk mengadakan hubungan intim.
“Ada masanya ketika saya sedang membeli barang dapur dan terserempak dengan lelaki tidak dikenali lalu terfikir ‘adakah dia akan berminat dengan saya?
“Pada saat itu, kawalan kendiri saya memang tidak berfungsi dan apa yang bermain di fikiran adalah bagaimana untuk menghilangkan ketagihan itu,” katanya.
Berubah selepas dipukul pasangan
Rygien mengakui dirinya keluar daripada masalah ketagihan seks selepas dipukul salah seorang pasangan yang sehingga kini meninggal kesan trauma yang mendalam buat dirinya.
Kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu menyaksikan wanita itu dibelasah sehingga mata lebam, ditolak jatuh tangga dan menyebabkan tangannya patah lapor Daily Star UK
“Selepas kejadian itu, saya mengambil keputusan untuk mengubah gaya hidup dan mula mengikuti kelas mengendalikan masalah ketagihan itu secara serius.
“Kini, keadaan saya semakin pulih dan saya menggunakan pengalaman yang ada untuk membantu wanita lain yang berdepan masalah serupa,” jelasnya.
Baca Juga: Ugut kanak-kanak guna bahan pornografi, lelaki warga asing ditahan