Seorang wanita kini berada dalam keadaan separuh sedar selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Ebit Lew mengambil kesempatan untuk melawat Jahidah Nordin, 43, untuk beri semangat kepada keluarga yang tak lelah menjaga wanita itu.
Mengaku tersentuh dengan kata-kata Ebit Lew mengenai ujian yang menimpa kakaknya, Fauziah Nordin, 40, kini menggalas tanggunjawab kakaknya dengan menjaga anak saudaranya yang masih kecil.
“Ebit Lew ada berkongsi tentang kisah nabi dan dia beritahu ujian yang diberikan oleh Allah termasuk kakak akan mengangkat darjat seseorang dan keluarga (yang menjaga) akan beroleh pahala besar ke syurga.
“Menurut Ebit Lew, Allah bukan sahaja menguji Jahidah tetapi diri saya untuk menjaga kakak dan anaknya, Eshan Nufail, tidak semua orang boleh memikul tanggungjawab besar begini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Ebit Lew dalam hantaran di Facebook miliknya semalam memberitahu bahawa beliau berasa sayu selepas melawat Jahidah yang dalam keadaan separuh sedar.
Baca Juga: Wanita ini ‘masak’ nasi dalam peti ais, tengok apa jadi…
Baca Juga: Netizen imbau semula pengorbanan bapa redah laut larikan 2 anak demi akidah mereka