Penularan cacar monyet dikatakan tersebar banyak di kalangan LGBT. Disebabkan penularan yang semakin banyak, pegawai kesihatan kanan China bagi amaran untuk tidak menyentuh warga asing di negara itu.
Amaran itu dikeluarkan oleh ketua pakar epidemiologi di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CCDC), Wu Zunyou dalam satu catatan di aplikasi Weibo, sehari selepas China melaporkan kes pertama cacar monyet.
Zunyou berkata, pelaksanaan sekatan Covid-19 dan kawalan sempadan yang ketat setakat ini berjaya menghalang penularan cacar monyet sehingga hanya satu kes dilaporkan di negara itu.
“Justeru, adalah penting untuk mengukuhkan pemantauan dan pencegahan cacar monyet,” katanya dengan menekankan risiko jangkitan itu boleh merebak menerusi perjalanan antarabangsa dan kontak rapat.
Zunyou turut mengutarakan lima cadangan kepada penduduk China antaranya menyeru orang ramai mengelak `sentuhan kulit ke kulit’ dengan warga asing lapor CNN.
Walaupun ramai memuji nasihatnya di Weibo namun ada juga menyatakan ia sebagai diskriminasi dan berbahaya, dengan ada yang menyamakannya kebangkitan xenofobia dan keganasan dihadapi orang Asia di luar negara pada permulaan pandemik Covid-19.
Sebelum ini, pihak berkuasa kesihatan memaklumkan kes cacar monyet itu dikesan di bandar Chongqing.
Menurut pihak berkuasa kesihatan di bandar Chongqing, kes cacar monyet itu membabitkan seorang pengunjung yang menunjukkan gejala ketika menjalani kuarantin bagi Covid-19.
Baca Juga: 46 terkorban, gempa bumi landa barat daya China
Baca Juga: Punca pening, berpinar mata tengok filem Mat Kilau sudah diketahui