Warga China makin kurang beranak, Covid-19 jadi punca

  • Post author:

Warga China makin kurang beranak dan pandemik Covid-19 jadi punca kadar kelahiran baharu di republik itu jatuh.

Covid-19 menyumbang kepada penurunan kadar perkahwinan dan kelahiran di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berikutan kos pendidikan dan penjagaan anak yang tinggi.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, ramai wanita terus menangguhkan rancangan untuk berkahwin atau mempunyai anak.

Bahkan, jelasnya, perkembangan pesat ekonomi dan sosial di China turut menyebabkan ‘perubahan yang mendalam’, lapor Reuters dipetik Utusan Malaysia.

Tambah suruhanjaya itu, golongan muda berpindah ke kawasan bandar, lebih banyak masa dihabiskan bagi pendidikan dan tekanan tinggi di tempat kerja turut memainkan peranan.

Ahli demografi menyifatkan dasar ‘sifar Covid-19’ China kemungkinan mengakibatkan kesan mendalam dan berkekalan terhadap keinginan penduduk untuk mempunyai anak.