Selepas 15 tahun hidup sendiri sebagai ibu tunggal bersama satu-satunya anak perempuan, penyanyi dangdut popular Mas Idayu selamat diijab kabulkan pada semalam dengan penerbit eksekutif TV3, Muhamad Sufian Isa.
Majlis pernikahan dua mempelai itu diadakan sekitar jam 10.40 pagi di ibu negara dan disusuli dengan majlis resepsi penuh gilang gemilang pada belah malamnya.
Tampil lain daripada lain, majlis Mas Idayu semalam benar-benar mencuri perhatian apabila beberapa belon diletakkan pada kain layahnya (veil) bagi tujuan untuk ianya kekal beralun tegak tanpa perlu dipegang dan meleret ke lantai.
Penampilan anggun Mas Idayu yang mesra dipanggil mummy itu membuatkan ramai memuji, selain menyukai konsep kreatif yang ditampilkan dalam majlis perkahwinannya.
Siapa punya idea ni, memang gempak!

Terdahulu, pasangan sedondon ini dinikahkan Imam dan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Jamek Kampung Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.
Pada majlis dihadiri lebih 100 tetamu ketika hari pernikahan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,001 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Baca juga: Tak tahan dengar lagu ‘Baby Shark’ berjam-jam, banduan maut dalam penjara
Baca juga: Suami gaduh dengan ahli sindiket dadah jadi punca isteri diculik