Zamani tak kisah untung tak besar asal tak berhutang, penganjur balas kenyataan isteri Zamani

Berang Zamani tidak dapat bayaran semasa menjayakan Konsert Doa Buat Zamani pada 30 September lalu, isterinya luah rasa terkilan di status Whatsapp.

Nur Juliana Abd Rani menyalahkan pihak lain sekiranya Zamani berputus asa selepas pembedahan, dia akan mencari pihak terlibat hingga ke lubang cacing.

Tiket tak habis dijual walaupun penonton ramai

Penganjur Konsert Doa Buat Zamani iaitu Aalan Ahmad menjelaskan mungkin Juliana tersalah faham sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Dia mungkin tidak tahu perkara sebenar berkenaan tiket yang tidak habis dijual, tetapi pada masa sama penonton dilihat memenuhi tempat duduk yang disediakan.

“Saya anggap ini hanyalah salah faham kecil dalam satu keluarga dan tidak menyalahkan dia sepenuhnya atas apa yang berlaku. Masalah ini sepatutnya boleh diselesaikan sesama kami dan bukan membawanya keluar.

“Mungkin dia tertekan memikirkan keadaan suaminya yang bakal menjalani pembedahan serta pelbagai masalah lain sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya.

Asalkan tak berhutang, Zamani tak kisah untung tak besar

Aalan masih berpegang dengan kata Zamani yang menyatakan dia tidak kisah tentang keuntungan asalkan pihak terlibat tidak berhutang dan wang akan diberikan berdasarkan perjanjian 70/30.

“Selepas selesai bayar segala kos berkaitan antaranya sewa pentas, pemuzik, artis undangan dan permit DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang jumlahnya mencecah RM111,485.

“Baki yang tinggal di tangan ialah RM4,635. Itulah pendapatan yang kami dapat. Wang itu akan diberikan kepada Zamani mengikut rundingan asal 70/30.

“Jadi tidak benarlah kenyataan yang dia tidak dapat sesen pun dari konsert terbabit. Saya masih ingat kenyataan Zamani tak kisah jika tiada untung besar asalkan kami tidak berhutang,” katanya.

Menerusi Harian Metro, Aalan berkata kategori tempat duduk Rindiani dijual sebanyak 72 keping, Nur Kasih (214), Maria Mariana (31), Kurnia (48) dengan kutipan keseluruhan berjumlah RM107,120.

Bagaimanapun, kos untuk membayar segala kelengkapan konsert menelan belanja RM111,485 dan baki yang tinggal hanya RM4,635. Jumlah itu kemudiannya dicampur dengan tiket pembelian Tuanku Permaisuri Selangor menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM116,120.

Baca Juga: “Aduh adik pandai makan ulam!” netizen terkesima tengok kanak-kanak ni makan lauk kampung

Baca Juga: Kenapa tolak debat sedangkan ia juga untuk berkempen? Jika ada wawasan terima sahaja pelawaan debat ini