Tidak kisah dengan kecaman yang diterima, pelakon Zarina Anjoulie kongsi proses buang tatu di bahagian bahu di Instagram miliknya serta berkongsi harga untuk orang ramai yang berminat untuk membuang tatu.
Menurut pelakon tersebut, satu sesi membuang tatu boleh mencecah RM500, dia juga memaklumkan adalah lebih senang proses membuang tatu untuk ink hitam jika mahu dibandingkan dengan ink yang berwarna.
Pernah dikecam kerana muat naik video pembuangan tatu sebelum ini, Zarina mengaku tidak kisah malah lebih selesa berkongsi tempat dia membuang tatu selepas disoal peminat di bahagian komen.
“Ya saya tahu ramai akan kecam sebab last video tatu dibuang tapi ramai sangat komen dekat mana buang dan kos berapa. Jadi diharapkan video kali ini dapat membantu.”
Ink hitam lagi cepat hilang
“Satu sesi dalam lingkungan RM500. Ink hitam lagi senang keluar dari ink warna lain. Kalau dilihat, ink hitam dalam satu sesi pun dah boleh nampak beza. Kalau tambah lagi tiga hingga empat sesi maka lebih ketara perbezaan jika nak dibandingkan dengan ink berwarna.”
Mengenai tahap kesakitan pula, bagi Zarina dia masih menahan sakit ketika proses pembuangan tatu dijalankan.
“Level sakit yang boleh tahan. Bukan sakit gila pun,” katanya di ruang kapsyen Instagram miliknya.
Baca Juga: Tak mahu gaduh di media sosial, Zarina buat laporan polis
Baca Juga: Selepas 70 profesor tampil, giliran 102 NGO Melayu juga sokong Anwar jadi PM