Dianggap penceroboh, 186 ‘tauke’ Musang King Pahang diarah kosongkan tanah

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh 186 pekebun durian Raub. Permohonan itu adalah bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan Pahang terhadap mereka sebelum ini.

Selain itu, Hakim Datuk Mohd Radzi Harun juga menolak permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberi pajakan dan hak penggunaan tanah kebun itu kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Pada masa yang sama, hakim juga menolak permohonan pekebun untuk menyemak keputusan pemberian sub-pajakan tanah kepada mereka dan kewajipan wajib untuk menjual durian kepada satu entiti yang ditetapkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Mohd. Radzi Harun, yang membaca keputusan terbabit dalam prosiding mahkamah, turut mengarahkan pemohon untuk membuat bayaran kos sebanyak RM600,000 kepada semua responden yang dinamakan.

“Antara alasan penolakan semakam kehakiman juga adalah kerana tindakan kita (kerajaan negeri) mengusir mereka (pekebun) itu tidak ada unsur niat jahat.

“Selain itu pelan pemutihan itu tidak ada unsur berat sebelah kerana ia masih boleh dirunding lagi oleh kedua belah pihak,” katanya.

Baca juga: “Bertahun suami duduk rumah sebab memilih kerja, bila aku dapat bonus RM1300 dia sedap je mintak belikan pancing baru”