10 cara mudah untuk lembutkan daging korban yang ramai tak tahu

Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Sudah pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengerjakan ibadat korban samada dengan kambing, lembu atau pun kerbau tetapi, ramai yang pening bila nak masak daging korban ni kerana memerlukan masa yang agak lama untuk lembut.

Ada yang memilih untuk menggunakan periuk tekanan bagi menjimatkan masa tetapi, sebenarnya ada cara petua mudah yang diamalkan oleh orang zaman dahulu untuk melembutkan daging. Jom ikuti tips dibawah.

1. MASUKKAN SUDU

Walaupun kedengaran pelik, inilah antara petua melembutkan daging yang paling mudah dan popular. Cuma letakkan sebatang sudu / garfu ke dalam periuk dan rebus bersama daging.

2. BETIK MUDA

Potong buah betik muda sederhana kecil dan rebus bersama daging. Kalau tak ada buah betik muda, boleh gunakan batang betik.

3. BATANG TEBU

Bagi yang susah nak jumpa batang betik, boleh juga gunakan batang tebu dengan cara yang sama seperti di atas.

4. DAUN NANGKA

Ambil daun nangka dan keringkan getahnya terlebih dahulu. Kemudian boleh masukkan ke dalam masakan. Gunakan dalam 4-5 helai. Berkesan!

5. CUKA

Gunakan sedikit cuka makan ke dalam rebusan atau perap bersama daging beberapa jam sebelum dimasak. Sumber asid dikatakan dapat melembutkan struktur daging dengan cepat.

6. LEMON / LIMAU NIPIS

Caranya sama, perahkan ke dalam rebusan atau perapkan bersama daging selama beberapa jam / semalaman sebelum dimasak.

7. BAKING SODA

Selain itu, anda juga boleh menggunakan baking soda untuk melembutkan daging dengan cepat. Caranya, perapkan daging dengan baking soda selama sekurang-kurangnya 15 minit. Kemudian, bilas bersih-bersih sebelum dimasak.

8. BIJI / BUAH KURMA

Buah kurma atau bijinya adalah antara bahan yang boleh melembutkan daging. Letakkan 4-5 biji buah kurma ke dalam daging yang sedang dimasak dan daging akan melembut dengan cepat.

9.  GULA BATU

Masukkan beberapa ketul gula batu ke dalam rebusan daging. Insha Allah, akan menjimatkan masa untuk daging masak dengan lembut.

10. CARA MEMASAK / POTONG DAGING YANG BETUL

Akhir sekali, pastikan potong daging berlawanan dengan urat daging tu. Bila masak pula, pastikan periuk ditutup. Barulah daging akan cepat lembut.

Baca juga: https://themalaysialife.com/dunia-akhir-zaman-platform-e-dagang-digunakan-untuk-puaskan-nafsu-syaitan/