10 jam rendam kaki dengan ais, pelajar nekad jadi ‘OKU’ demi RM6.15 Juta

Seorang pelajar universiti di Taiwan dituduh melakukan penipuan terhadap syarikat insurans dengan mendakwa bahawa kakinya perlu dipotong akibat luka beku yang dialami semasa menunggang motosikal pada waktu malam.

Menurut Biro Siasatan Jenayah (CIB), pelajar yang dikenali sebagai Chang sengaja mendedahkan kakinya pada ketulan ais kering untuk tempoh yang lama, sehingga mengakibatkan dia mengalami luka parah dan kakinya perlu dipotong.

Pelajar tersebut kemudian meminta pampasan daripada lapan polisi insurans berbeza dengan jumlah keseluruhan NT$41.26 juta (RM6.15 juta).

Ia berikutan dia menunggang motosikalnya dalam keadaan sejuk hingga menyebabkan kecederaan berlaku.

Namun, penyiasatan mendapati bahawa cerita yang dikemukakan adalah hasil daripada pengaruh rakan seuniversiti Chang, iaitu Liao.

Pejabat Pendakwa Daerah Taipei menyatakan bahawa kedua-dua Chang dan Liao didakwa melakukan penipuan dan penyelewengan.

Menurut dokumen pendakwa raya, pada 26 Januari tahun lalu, Chang dan Liao memperoleh ais kering dan seterusnya pergi ke rumah Liao lalu mereka bertindak merendamkan kaki pelajar terbabit selama 10 jam.

Kejadian tersebut menyebabkan Chang mengalami pembengkakan di kakinya dan dia terpaksa dimasukkan ke hospital, di mana akhirnya dia menjalani amputasi.

Baca juga: Bapa ‘terbeliak’ tengok anak belikan ibu gelang emas RM5K, puji usaha anak walaupun kerja ‘biasa biasa’