10 negara paling malas jalan kaki, Malaysia di tangga ketiga

Berjalan kaki boleh dikategorikan sebagai senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur namun rakyat Malaysia dikatakan malas untuk berjalan kaki.

Mengikut satu kajian yang dilakukan Universiti Stanford pada 2017 membabitkan 717,000 orang dari 11 negara. Kajian ini mendedahkan Malaysia merupakan negara ketiga di dunia yang malas untuk berjalan kaki.

Ia turut mendedahkan negara pertama di dunia yang paling malas berjalan kaki ialah Indonesia lapor portal Tempo.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO, purata jumlah berjalan kaki negara itu adalah lebih rendah daripada saranan global iaitu sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari.

Secara keseluruhan, berikut adalah senarai 10 negara paling malas berjalan kaki berdasarkan penyelidikan:

  1. Indonesia: 3,513 langkah sehari
  2. Arab Saudi: 3,807 langkah sehari
  3. Malaysia: 3,963 langkah sehari
  4. Filipina: 4,008 langkah sehari
  5. Afrika Selatan: 4,105 langkah sehari
  6. Qatar: 4,158 langkah sehari
  7. Brazil: 4,289 langkah sehari
  8. India: 4,297 langkah sehari
  9. Mesir: 4,315 langkah sehari
  10. Greece: 4,350 langkah sehari

Manakala, 10 negara yang mempunyai purata bilangan langkah tertinggi adalah seperti berikut:

  1. Hong Kong: 6,880 langkah sehari
  2. China: 6,189 langkah sehari
  3. Ukraine: 6,107 langkah sehari
  4. Jepun: 6,010 langkah setiap hari
  5. Rusia: 5,969 langkah sehari
  6. Sepanyol: 5,936 langkah sehari
  7. Sweden: 5,863 langkah sehari
  8. Korea Selatan: 5,755 langkah sehari
  9. Singapura: 5,674 langkah sehari
  10. Switzerland: 5,512 langkah sehari

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa hasil penyelidikan Universiti Stanford adalah bergantung kepada data daripada aplikasi penjejakan kiraan kaki, iaitu Argus dan Azumi.

Penyelidikan ini berlaku pada 5 tahun lepas, mungkin data sudah berubah seiring masa. Selepas pandemik ini, dapat dilihat ramai yang berminat untuk berjalan kaki selepas lama berkurung dalam rumah semasa perintah berkurung.

Baca Juga: Jangan lupa, kualiti jalan raya di Malaysia antara 21 terbaik kalahkan negara luar yang lebih maju

Baca Juga: Lagi kes ‘cucuk’ kereta sebab tak nak bayar tol, sekali netizen bongkar pemandu CBH7270 ada saman lebih RM700