Hai semua pembaca. Saya nak luahkan perasaan saya memandangkan saya tiada tempat mengadu. Mungkin pembaca sekalian boleh berikan pandangan masing-masing. Saya Aina. Sudah mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun.
Ada 2 orang anak di sekolah rendah. Kami suami isteri belajar dan bekerja dalam bidang profesional namun bidang berlainan. Arwah ayah dan ibu saya memang mendidik kami tak kira anak lelaki atau perempuan untuk belajar dalam bidang profesional, belajar setinggi yang mungkin.
Alhamdulillah kami semua adik beradik berjaya seperti yang ayah saya impikan. Saya berkahwin sejurus selepas tamat degree. Sambil bekerja, saya masih mempunyai keinginan untuk sambung belajar. Bakal suami ketika itu sangat menyokong.
Beliau sehinggakan sanggup teman saya panjat pelbagai bangunan di KL untuk memohon biasiswa menyambung pengajian master. Namun ketika itu, tiada rezeki. Saya tidak berjaya dalam mana-mana permohonan. Saya ketika itu menganggap bakal suami saya seorang yang menyokong kerjaya dan minat saya yang suka belajar dan cintakan ilmu.
Seperti arwah ayah saya yang sangat menyokong ibu saya bekerjaya. Ketika mendapat ibu saya melahirkan anak sulung, ayah saya segera mencari pembantu rumah untuk ibu saya. Sebab dia tidak mahu ibu saya terbeban dengan kerja rumah dan boleh fokus pada kerjaya.
Selepas berkahwin dengan suami dan mendapat anak pertama, suami saya terus meminta saya untuk menjadi suri rumah dan menjaga anak. Ketika itu juga saya mendapat biasiswa dan tawaran belajar ke luar negara. Impian dari kecil, sebelum kahwin saya idamkan iaitu untuk menyambung pelajaran di luar negara.
Namun, suami saya tidak mengizinkan saya sambung belajar walaupun mendapat biasiswa. Suami mengugut saya, sekiranya saya ingin pergi juga menyambung pelajaran, bayi kami akan tinggal di Malaysia bersama dia. Hanya saya yang pergi sorang.
Memandangkan ketika itu, anak kami masih kecil dan saya tahu suami tak pandai pun jaga bayi. Mesti dia akan susahkan mak dia. Saya terpaksa melupakan hasrat tersebut dengan tangisan dan rintihan. Lagipun saya sedar, suami langsung tidak pernah menjaga anak.
Hanya saya yang hari-hari bersengkang mata menjaga anak. Bangun malam setiap 2 jam. Suami hanya tahu balik dan pergi kerja. Main-main dengan anak ketika mood anak baik. Semua kerja rumah dan menjaga anak, saya uruskan. Alasan dia, penat bekerja.
Kehidupan saya berlarutan sehingga 10 tahun lamanya saya menjadi suri rumah. Suami juga bukanlah layan saya dengan sangat baik. Setiap kali saya minta apa-apa. Dia susah untuk tunaikan. Hidup saya sebagai suri rumah tertekan.
Dengan tiada kawan, suami yang selalu tiada. Tiada support. Suami sentiasa ada masa luar, berjumpa kawan, menghadiri majlis, namun saya hanya terkurung dalam rumah. Jumpa manusia pun jarang. Hubungan saya dan arwah ayah ketika itu menjadi tegang kerana saya tidak bekerja.
Punah harapan dan impian ayah terhadap saya. Sedangkan dahulu, saya merupakan anak kesayangan ayah. Selepas ayah saya meninggaI, saya terasa amat sedih kerana tidak sempat mengotakan janji saya untuk menyambung pelajaran.
Akibat tekanan, saya memaksa suami saya mengizinkan saya sambung belajar. Pada suatu malam, saya menangis teresak-esak dalam tekanan. Saya nak keluar dari kepompong sekarang. Saya nak rasa dihargai, ada achievement dalam hidup.
Saya nak ada kerjaya, ada rakan-rakan di sekeliling. Saya sudah tidak tahan lagi. Suami saya sering tiada di rumah. Jumpa kawan lagi kerap dari luang masa dengan saya. Setahun mungkin 2-3 kali sahaja dia bawa saya jalan-jalan di mall.
Selebihnya dia lagi suka lone ranger atau keluar jumpa kawan tanpa membawa saya mahupun anak. Sekurangnya anak-anak saya berjumpa kawan di sekolah. Tapi saya keseorangan di rumah setiap hari sehingga 10 tahun.
Saya dah tak sanggup memendam kesedihan dan kesunyian saya. Saya dah kehilangan diri saya yang ceria dahulu. Apatah lagi perasaan bersalah pada arwah ayah yang baru meninggaI waktu itu sangat menebal.
Mungkin tengok saya menggiIa menangis teresak-esak malam itu, suami saya mengizinkan saya sambung belajar dengan syarat, tidak menggunakan duit suami satu sen pun.
Betapa kejamnya suami. Dahla dia tahu 10 tahun saya jadi surirumah. Duit pun tak ada. Simpanan yang ada ketika belajar dan bekerja dulu habis akibat ditarah hari-hari untuk mencukupkan perbelanjaan harian. Memang dia ada beri duit. Tapi tak cukup. Harga barang makin mahal.
Duit nafkah yang diberikan pada saya masih sama amountnya dari 10 tahun yang lepas. Bila mintak naikkan, dia kata tak ada duit. Sedangkan gred dan gajinya ada kenaikan tahunan. Bila dia dapat bonus ke apa, saya tak rasa apa-apa.
Sebab dia tak berkongsi pun dengan kami. Masih sama macam hari-hari biasa sahaja. Dia tanpa belas ihsan memberi syarat yang menyusahkan seperti itu. Bukan nak support saya sambung belajar. Namun, saya tetap dengan tekad.
Saya google peluang yang ada. Kebetulan saya jumpa pinjaman pembelajaran boleh ubah. Syaratnya semua alhamdulillah saya lepas. Saya terus apply dan juga apply untuk sambung belajar di universiti dan alhamdulillah berjaya grad dengan izin Allah.
Semestinya pelbagai dugaan juga ketika belajar. Tapi panjang sangat kalau nak cerita. Papepun, memang 1 sen pun saya tak pakai duit suami. Alhamdulillah.. lepas saya tamat belajar, saya mula mencari kerja semula. Selepas gap 10 tahun tu, sekurangnya ada new improvement pada CV saya. Lepas beberapa bulan, saya mendapat kerja.
Saya besyukur dan gembira. Tapi macam biasalah, mana ada tempat kerja tak stress. Kerja memang sangat banyak di tempat tersebut. Sebab itu dia cari pekerja kan.. untuk settlekan kerja-kerja tersebut. Saya terpaksa bawa pulang kerja di rumah kerana tidak sempat siap di office.
Hari-hari berlalu seperti itu sehinggakan saya mula tak sempat mengemas rumah, melipat kain, membasuh dan menjemur kain kerana terpaksa menyiapkan kerja-kerja pejabat. Suami mula marah-marah kerana keadaan rumah sudah tidak terjaga seperti dulu.
Saya tak faham suami saya ni. Kenapa dia nak marah rumah tak kemas. Sepatutnya dia fikir untuk cari pembantu ke untuk ringankan kerja saya. Ni semua dia salahkan saya rumah tak kemas. Dia bagi alasan dia selalu keluar rumah tak balik sebab rumah sepah.
Tapi ketika saya jadi surirumah pun dia memang tak lekat kat rumah. Asyik keluar je. Kenapa lah suami saya tak berfikiran terbuka seperti ayah saya? Supportive isteri bekerjaya dan sanggup carikan pembantu rumah untuk isteri. Tapi suami saya tidak begitu.
Dia nak juga saya kemaskan semua. Dia pentingkan perasaan dia sahaja. Dia tak fikir ke saya penat? Selama ni pun saya yang kena buat semua. Saya pun dah penat emosi, tertekan dan 1001 rasa lagi sepanjang perkahwinan ini. Buat para pembaca, boleh tak bagi nasihat dan pendapat anda semua pada saya. Saya memang tengah tertekan ni. Terima kasih. – Aina (Bukan nama sebenar)