Sebagai seorang isteri, wajarlah andai isteri memerlukan kasih sayang suami dalam melakukan apa sahaja perkara supaya rumahtangga tidak kelam.
Kerap membantu isteri, tidur berpelukan serta membuat perkara sunat bersama pasti akan mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri.
Wanita ini menceritakan soal dirinya yang kerap diendahkan oleh suami hingga jatuh cinta kepada majikannya sendiri.
Hi, aku Laila. Sejak akhir – akhir ni aku banyak baca kisah isteri sunyi. Ini kisah aku.. Basically sama la, 10 tahun perkahwinan. Umur aku 35 tahun anak seorang, suami aku 45 tahun. Memang aku dulu memilih jugak masa nak cari calon suami.
Nak yang berumur dan matang, ada kerjaya tetap dan good looking. Kitorang sama je macam pasangan lain, bercinta penuh kemanisan. Masa jadi boyfriend dulu takde satu pun red flag. Alhamdulillah.. Fast forward selepas berkahwin, betullah hilang semua kemanisan, yang tinggal hanya tanggungjawab.
Lepas anak aku lahir suami pun dah jarang tidur sekatil. Dia akan tidurkan anak aku dekat bilik sebelah dan tertidur sekali kat sana. Suami aku ringan tulang. Kami pun takde masalah duit. Jadi aku rasa takde masalah sangat atau masalah aku sangat kecil. Aku jenis positif, jadi aku selalu ubat hati sendiri je dan aku tak kisah.
Aku strong woman kononnya. Bila birthday, aku beli kek and celebrate kat ofis dengan kawan-kawan. Balik tu aku ajak suami makan kat restaurant special sikit and upload dekat ig buat mengaburi mata orang. Aku sejenis perempuan main game, jadi aku sibukkan diri aku dengan game online. Takde masalah. Hubungan aku dengan suami memang macam tu je la.
Cuma yang aku perasan kami dah tak boleh bercakap. Bila bercakap macam nak berg4duh. Jadi masing – masing pilih diam. Aku pegang tangan dia pun, dia marah kata panas padahal ada aircond. Selama 10 tahun kahwin tak pernah buat perkara sunat sama-sama. Aku pernah ajak, tapi tak dilayan.
Aku pernah banyak kali goda suami bila nak bersama. Dia okay, perform. Tapi bila asyik kita je yang mulakan, rasa macam dah tak best. Tak sama dengan rasa kalau suami yang nakkan kita. Jadi aku stop. Begitulah selama sepuluh tahun sebab suami aku betul-betul berubah lepas akad nikah.
Takde nikmat bulan madu pun. Pelik kan! Jadi awal tahun ni, aku tukar tempat kerja, naik pangkat, duduk bawah boss lelaki berumur 50 tahun. Dia ada isteri tapi tiada anak. Aku dan dia tak pernah berbual hal peribadi atau rumahtangga. Tak pernah cakap selain hal kerja.
Semua kerja, kerja, kerja. Tapi lama – lama aku rasa ada klik dengan bos aku. Bos aku, lelaki 50 yang elok, tak nampak tua, matang, bijak. Kami selalu ada meeting di luar, tapi tak pernah naik kereta sama – sama. Sama – sama on time solat. Tak pernah berdua dalam bilik tertutup.
Selalu jaga ikhtilat. Tak pernah makan berdua. Dia penuh budi bicara, bila bercakap pandang mata aku, sentiasa bukakan pintu, sentiasa ambilkan cuttleries, sentiasa cari aku pagi – pagi, sentiasa rujuk aku untuk setiap perkara.
Dan dia selalu lebihkan aku dari officemate lain. Senangnya aku bercakap dengan dia untuk segala hal kerja. Walau kami berbahas kerana ideologi yang berbeza, tapi cara kami berdiskusi sangatlah educated dan kena betul dengan jiwa aku.
Dia cuma lain dengan aku. Bukan aku perasan, kawan – kawan pun perasan dan bagitau. Tapi aku tak pernah layan atau cakap lebih-lebih. Setiap info atau perkara yang berlaku di ofis, dia akan duduk datang berbincang dengan aku dulu.
Lama-lama hati aku berdebar dan s4kit. Aku mula takde selera makan, tidur tak lena. Aku tidur 3-4 jam je sehari. Selebihnya aku kerja. Kerja aku tiptop. Aku tak suka cuti atau off day sebab tak dapat jumpa bos aku. Aku s4kit. Mental aku penat.
Jiwa aku meronta – ronta nak bagitau bos, aku suka dia. Hari – hari di ofis aku begitu indah. Balik rumah aku jiwa kacau. Dari awal tahun ni kami kerja bersama, perasaan aku wujud pada bulan ke 8. Berat aku drop 20kg in total.
Aku dah tak boleh tahan rasa nak mental, satu hari tu, aku ajak kawan baik aku keluar minum coffee. Aku pun bercerita dari A-Z and aku realised benda ni berlaku sebab rumahtangga aku macam ni. Suami aku yang aku rasa takpe, tak kisah, takde hal, aku wanita moden, wanita kuat.. Yada – yada, sebenar – benarnya aku rindu kasih sayang suami. Deep down aku menagih kasih seorang lelaki.
Esoknya hari cuti aku masak kat rumah. Aku jarang masak. Jadi aku masak lauk favourite suami aku. Anak aku, aku dah minta adik aku bawakan ke kidzania. Jadi ada kami berdua je. Habis suami aku makan, dah kenyang aku pun mulakan kata. Ayat pertama, aku cakap nak berpisah.
Terus tergamam suami aku pandang muka aku, ambik remote and tutup tv. Baru la nak fokus pada aku. Sesi luahan pun berlaku. Aku tak cakap, aku dah jatuh hati dengan boss aku, tapi aku pilih untuk betulkan benda yang tak betul dalam rumahtangga kami.
Segala yang kami rasakan okay, tapi tak ok pun sebenarnya. Nasib baik aku yang jatuh hati dulu, kalau suami aku? Nauzubillah, mohon dijauhkan Ya Allah. Dan 2 bulan since last aku duduk dengan suami aku untuk betulkan keadaan, Alhamdulillah suami aku berubah terlebih romantik. Jalan pun pegang tangan.
Tidur pun peluk – peluk sekarang skin to skin. Weekend dulu buat hal masing – masing, sekarang sibuk camping kat merata tempat. Kami nak pindah rumah baru bulan depan sebab suami cakap nak ubah konsep macam bali.
Jadi hari-hari honeymoon. Aku rasa macam nak melekat dah anak yang kedua. Mudah-mudahan ada rezeki berita baik masuk 2024 nanti. Aku sekarang terlebih kasih sayang dan aku suka sangat. Segala perkara orang muda buat, aku buat dengan suami aku. Termasuk share gambar-gambar peribadi.
Aku dan boss, sama je. Masih macam dulu. Kerja, kerja, kerja. Cuma kalau dulu aku tak pernah cakap pasal keluarga aku, sekarang ni aku selalu selit. Contoh macam aku bagitau boss aku nak balik awal sebab suami aku ajak dinner dekat omakase. Atau aku cakap, anak aku nak minta belikan robux lagi sampai pening kepala nak layan.
Atau aku cakap mak aku nak datang weekend ni kami nak makan besar keluarga. Bos aku pun selalu respon benda – benda matang. Jiwa aku tenang. Hati dah tak berdebar. Mental aku kembali seperti sediakala. Ni kisah aku yang sunyi. Bukan nak compare atau nasihat atau pape je lah. Takkkk… Ni kisah aku je. Baca je lah tanpa prejvdis. Thank you. – Delailah (bukan nama sebenar)
Baca juga: Ini rupanya sebab PMX tak boleh tarik keluar dana Blackrock dari Malaysia