Pakcik dulu kecil-kecil baik sangat ke? – Netizen berang lihat orang tua tolak kanak-kanak dalam masjid

Pakcik dulu kecil-kecil baik sangat ke? – Netizen berang lihat orang tua tolak kanak-kanak dalam masjid. Sudah kebiasaan bagi budak untuk bermain di mana-mana tempat tetapi jika tidak menganggu apa salahnya.

Namun lain ceritanya dalam perkongsian di Facebook oleh pengguna Shahrul Hisham di mana video menunjukkan sekumpulan kanak-kanak telah ditolak dengan kuat oleh orang dewasa.

Lelaki tersebut mempertikai tindakan pakcik tersebut yang berlaku kasar terutamanya kepada generasi yang satu hari nanti akan memenuhkan masjid terbabit.

Dia juga bimbang seandainya banyak generasi muda yang tidak mahu ke masjid disebabkan kejadian tersebut.

Dikatakan, kanak-kanak tersebut dipercayai telah menganggu khusyuk jemaah ketika sedang solat berjemaah.

Akan tetapi, tindakan yang tidak wajar itu diselar oleh pengguna Facebook berkenaan serta membandingkan sikap lelaki tersebut dengan Nabi Muhammad SAW.

Sehubungkan kejadian itu, rata-rata warganet mengecam sikap lelaki yang bercanggah dengan ajaran agama dan mungkin akan menjadi penyebab ramai kanak-kanak tidak mahu menjejakkan kaki di masjid.

Tetapi kalau benar sedang khusyuk, dia tak akan terganggu oleh kanak-kanak tersebut. Andai kata terlalu bising, bukankah nasihat sahaja sudah memadai kenapa perlu berlaku kasar sehingga menolak mereka.

Diharapkan pihak surau atau masjid memandang serius mengenai hal ini, tidak perlu melakukan kekerasan, andai tidak mahu gangguan, bagitahu sahaja kepada ibu bapa untuk tidak membawa anak mereka bersama atau kalau masih tidak reti mengawal baran, solat sahaja di rumah.

Baca Juga: Gara-gara berebut parkir kereta, bekas tentera bunuh pasangan suami isteri

Baca Juga: Mahu buang ‘saka malas’ keluar bersenam, ini lima tips untuk mula berjoging capai berat ideal