11 tahun melayari bahtera perkahwinan, Noh sahkan sudah bercerai dengan Mizz Nina

Menerusi Instagram milik Noh Hujan, dia mengesahkan sudah mengakhiri perkahwinan yang dibina selama 11 tahun bersama Mizz Nina. Pasangan ini baru sahaja mengambil anak angkat, Musa sebagai penyeri rumahtangga mereka.

Pasangan selebriti popular, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman dan anggota kumpulan Hujan iaitu, Mohammad Noh Salleh didakwa sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada Khamis.

“BismillahiRahmaniRahim,
Saya dan Nina ada pengumuman penting untuk dibuat.

“Selepas banyak berfikir dan melakukan pertimbangan yang teliti, kami telah bersetuju untuk berpisah.

“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kami
menghabiskan 11 tahun yang indah bersama-sama dengan semua suka dan duka serta pengembaraan yang tak dapat dilupakan.

Masih teruskan hubungan sebagai kawan

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kami penyokong kerana menunjukkan kasih sayang kepada kami selama ini.

“Jangan risau, kami masih berkawan dan kami doakan yang baik-baik
satu sama lain.

“Kita boleh merancang tapi perancangan Allah lebih hebat.”

Noh juga mengharapkan doa buat dia dan Mizz Nina di sepanjang tempoh iddah berlansung dan mengharap orang ramai menghormati privasi mereka.

“Selaras dengan Sura’ Al Hujurat ayat 12, untuk tidak membuat spekulasi atau menyebarkan palsu tentang kami untuk mengelakkan fitnah.

“Doa andalah yang paling kami perlukan sekarang ini.”

Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini terlebih dahulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di Mahkamah sama.

Manakala, perceraian mereka direkod dibawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Baca Juga: Macam mana dengan nasib ejen, stokis? Ejen bengang lepas Neelofa umum HQ jual inai dekat Shoppee

Baca Juga: Rider Air Asia bakal diserap jadi pekerja sepenuh masa, gaji sehingga RM3,000 sebulan