Pemakaian barangan kemas dalam kalangan wanita sudah menjadi kebiasaan. Ada yang hanya memakai perhiasan ini pada acara tertentu sahaja malah ada juga yang memakainya setiap hari tanpa ditanggalkan. Jadi, lama kelamaan warna dan ‘seri’ barang perhiasan ini dilihat makin kurang dan inilah sebabnya anda kena tahu cara cuci barang kemas tersebut.
Mempunyai pengalaman selama 13 tahun bekerja di kedai emas, perkongsian dari Bunga Yanie di laman Facebook ini menunjukkan cara mencuci barang kemas anda seperti yang dilakukan di kedai. Jadi, boleh buat sahaja di rumah tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran di kedai!
Apa yang anda perlu lakukan:
1. Sediakan cecair pencuci pinggan jenama Joy atau Glo.
2. Tuang dalam periuk bersama air.
3. Masukkan barang kemas anda ke dalam air sabun tadi dan buka api.
4. Kacau barang kemas tadi sampai air mendidih dan nampak kotoran terapung. Kemudian boleh tutup api.
5. Masukkan barang kemas tadi dalam besen berisi air bersih.
6. Sental guna berus gigi dan bilas.
7. Kemudian keringkan, boleh guna pengering rambut atau lap dan biarkan kering.
*Dah nampak kembali baharu dan berkilat!