Islam merupakan agama yang benar di muka bumi ini dan tiada satu pun yang boleh menandingi agama ini.
Ia juga merupakan salah satu cara untuk masuk ke syurga dengan mengamalkan ajaran agama islam dan menerapkan nilai-nilai keislaman dalam diri.
Tular di laman sosial berkenaan seorang bekas paderi yang dijemput oleh Raja Salman untuk menunaikan ibadah haji di Mekah.
Ibrahim Richmond berkhidmat sebagai paderi selama 15 tahun dan mendapat tawaran menunaikan haji itu selepas dua bulan menganut agama islam.
Sebab Ibrahim masuk islam
Ibrahim Richmond merupakan seorang paderi yang memimpin lebih 100,000 pengikut di gerejanya namun apa yang bakal terjadi mengubah hidupnya 360 darjah.
Ketika itu beliau sedang tidur di bilik kecil di dalam gereja, lalu bermimpi satu suara yang menyuruhnya mengarahkan pengikutnya memakai pakaian putih namun dia mengendahkan mimpi tersebut.
Sehinggalah suara di dalam mimpi itu berulang kali datang ketika tidur sehinggakan ada ketikanya suara tersebut menjadi semakin agresif.
“Beritahu pada pengikut kamu, pakai pakaian putih semasa datang ke gereja,”
Ibrahim yakin dengan mimpi yang diterima lalu meminta pengikutnya memakai pakaian putih serta kopiah namun apa yang mengagumkan tiada satu bantahan pun diterima dari mereka.
“Apabila mesyuarat seterusnya diadakan, ribuan pengikut memakai kopiah putih di atas kepala mereka. Semua, menerima apa yang disampaikan,” cerita Ibrahim.
Apabila seorang lelaki muslim hadir ke gereja untuk memimpin bacaan kalimah shahadah, Ibrahim tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira.
Beliau juga mengucapkan dua kalimah shahadah di hadapan ribuan pengikut dan mereka juga melakukan perkara yang sama seolah menyokong tindakan Ibrahim untuk memasuki islam.
Dijemput lakukan ibadah haji
Berita penghijrahannya telah ditularkan dan beliau mendapat jemputan untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Mengakui terharu dengan jemputan itu, Ibrahim merasakan tidak layak untuk ke tanah suci Mekah.
“Saya tidak boleh pergi ke sana. Perkara ini tidak berlaku, saya tidak percaya,” tuturnya dengan terkejut.
Ibrahim nekad mahu menjadi muslim yang sejati dan mahu mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad swt.
“Allah adalah cahaya dalam hidup kita, saya dan semua orang. Allah merupakan cahaya di muka bumi ini. Semoga Allah memberi pengampunan kepada kita semua,” katanya.
Baca juga: Rugi RM35K! Roslan Shah mengamuk Ebit Lew mungkir janji