16 tahun tempoh yang lama menanti zuriat akhirnya pasangan ini dikurniakan kembar 4 di mana kesemuanya lelaki namun tidak sempat merasai kenikmatan sebagai seorang ayah anak-anaknya maut di tangan Zionis Israel
Seorang bapa, Fadi Khaled Al-Baba dan isterinya Wafaa Abdul-Khaliq Al-Sweirki telah dikurniakan anak kembar empat.
Bagaimanapun, sebulan setengah kemudian, pasangan suami isteri ini diuji hebat apabila bayi kembar mereka menjadi korban kekejaman tentera Zionis dalam insiden pengebomam di Gaza baru-baru ini.
Selain empat anaknya yang masih kecil (Khaled, Abdul-Khaliq, Mahmoud, dan Maha), Fadi turut kehilangan isteri tercinta.
Menurut salah seorang saudara kepda Fadi, Yafa Abu Aker, ada menyebut dalam kenyataan media tempatan bahawa Fadi dan Wafaa telah dikurniakan anak kembar selepas bertahun-tahun menunggu dengan sabar. “Dia tidak bercakap tentang apa-apa selain anak-anaknya. Dia tidur dan bangun di sebelah mereka,” katanya.
Berdepan dengan ujian ini, Fadi Al-Baba terus tabah saat mengebumikan jenazah keempat-empat bayi dan isterinya meskipun serangan udara Israel di kejiranan Sheikh Radwan masih berterusan.
Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa jumlah syahid Palestin akibat pengeboman berterusan Israel di Semenanjung Gaza telah mencecah lebih 4,000 syahid dan lebih 13,000 cedera, dengan ratusan mayat masih di bawah runtuhan.
Baca juga: Kecoh gambar Wan Azizah bergambar dengan isteri Netanyahu, ini rupanya cerita sebenar