1BestariNet: Baru faham kronologi dari awal hingga akhir, Muhyiddin pun terlibat?

Semalam kecoh satu negara dengan isu 1bestarinet yang bakal disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Difahamkan isu ini berkaitan dengan tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.

SPRM juga turut membuat penggeledahan di pejabat kerajaan dan pejabat YTL di ibu negara, hari ini. Hasil penggeledahan itu, sejumlah dokumen disita.

SPRM juga difahamkan sedang mengkaji bagi mengenal pasti saksi yang akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan yang menjurus kepada dokumen tuntutan mengandungi butiran palsu membabitkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion.

Berikut adalah kronologi isu berkaitan 1BestariNet ini –

2011 – Permulaan

* Kerajaan memulakan projek 1BestariNet dengan matlamat menyediakan akses internet berkelajuan tinggi kepada 10,000 sekolah di negara ini dan melaksanakan Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) berasaskan awan.

* Kementerian Pendidikan menganugerahkan kontrak selama 15 tahun bernilai RM4.1 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (Yes 4G) bagi pelaksanaan projek itu.

2012 – Pelaksanaan

* 1BestariNet memulakan fasa pertamanya, dengan matlamat menghubungkan sekolah ke internet dan platform Frog VLE.

2013 – Masalah

* Isu Awal: sekolah mula melaporkan masalah dengan kelajuan internet dan sambungan. Banyak sekolah luar bandar tidak dapat memanfaatkan perkhidmatan itu susulan infrastruktur dan liputan lemah.

* Laporan Ketua Audit Negara menyuarakan kebimbangan terhadap projek itu, mengetengahkan ketidakcekapan dan kegagalan mencapai objektif ditetapkan.

2014-2015 – Kritikan

* Penelitian Parlimen: Projek ini mendapat perhatian serius Ahli Parlimen dan orang ramai mempersoalkan keberkesanannya dan kos yang tinggi.

* Audit Lanjutan: Audit tambahan mendedahkan banyak sekolah masih belum disambungkan dan penggunaan Frog VLE berada di bawah paras jangkaan.

2019 – Penamatan Frog VLE

* Frog VLE Dihentikan: KPM menghentikan penggunaan Frog VLE di sekolah, menggantikannya dengan Google Classroom dan alternatif lain.

* YTL mendakwa kerajaan melanggar obligasi kontraktual susulan penamatan 1BestariNet dan Frog VLE.

* Kerajaan bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

2020 – Tiada sambungan

* KPM bertegas tidak mahu meneruskan kontrak 1BestariNet dengan YES 4G.

2024 – Pendedahan SPRM

* SPRM memulakan siasatan ke atas tuntutan pembayaran untuk tender perkhidmatan 1BestariNet.

* SPRM serbu pejabat kerajaan dan YES 4G pada 4 September.

Baca: Cepat lebam dan busuk, ramai masih taktahu cara yang betul simpan pisang