2 hari meluncur di jalan raya, Perodua Alza jadi idaman terlibat kemalangan

Baru 2 hari meluncur di jalan raya sebuah MPV Perodua Alza yang menjadi idaman setiap orang sudah terlibat dalam kemalangan.

Beberapa keping gambar kemalangan menjadi tular sejak semalam kerana Perodua Alza milik wanita yang bergelar guru itu dikatakan antara yang pertama berada di atas jalan raya.

MPV itu terlibat dengan satu kemalangan jalan raya di Kampung Sungai Dua, Gemencheh di Negeri Sembilan.

Perodua Alza yang baharu itu telah dilancarkan oleh Perdana Menteri dua minggu lalu menjadi kegilaan ramai bahkan ada yang sanggup menunggu sekian lama bagi mendapatkan MPV itu.

Foto yang tular di media sosial sejak semalam memperlihatkan Alza remuk teruk di bahagian hadapan bertembung dengan kenderaan jenama Hyundai.

MPV Perodua Alza 2022

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 5.55 petang membabitkan kenderaan Perodua Alza, Perodua Kancil, Proton Saga dan sebuah kereta jenis Hyundai.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu kereta Perodua Alza berkenaan dari arah Gemencheh menuju Bukit Jalor Air Kuning Selatan telah berhenti di simpang Jalan Kampung Sungai Dua-Air Kuning Selatan bersama sebuah kereta Perodua Kancil di belakangnya untuk masuk simpang yang sama.

“Sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 18 tahun terus keluar dari simpang iaitu dari arah Air Kuning Selatan ke arah Gemas berlanggar dengan sebuah kereta jenis Hyundai yang melalui jalan utama iaitu dari arah Gemas ke Tampin.

“Kejadian berkenaan menyebabkan pemandu kereta Hyundai hilang kawalan dan melanggar kereta Perodua Alza yang menunggu untuk membelok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:

Rosyam harap anak seni tak letak diri setaraf dengan instafamous, jaga kredibiliti

Baca juga:

Warga emas bongkar cerita kenapa dia tidak mandi sejak 22 tahun yang lalu…