2 lagi mangsa harini menghubungi aktivis sosial, syed azmi yang mengaku pernah mengalami gangguan sama oleh Ustaz terkenal dari Kelantan itu.
Ikuti tulisan Syed Azmi di bawah.
Sebenarnya kes di bawah bukan kes saya tapi saya telah di hubungi oleh 2 mangsa lain lagi hari ini yang mengatakan juga pernah mengalami gangguan sama.
Saya telah diberitahu…
1 mangsa telah buat laporan polis hari ini. Saya baru selesai membaca laporan polis tersebut.
2 keluarga mangsa lain membuat temujanji untuk bertemu dengan saya.
2 mangsa lain akan buat laporan polis esok dan saya telah memberitahu apa yang perlu di laporkan.
Saya menyeru pada mana-mana mangsa yang pernah mengalami insiden yang sama dengan kes di bawah, sila buat laporan polis sama ada kes lama atau baru walau di mana anda berada. Laporan anda ini akan membantu kes terkini yang melibatkan orang yang kena tuduh (OKT).
Bagi mangsa yang baru-baru ini telah membuat laporan polis seperti di dalam berita di bawah, anda bukan keseorangan dan tolong tahu kalau anda perlukan sokongan, sila mesej saya di 0196664779, Syed Azmi.
Dan anda tidak perlu malu menegakkan kebenaran kerana yang salah adalah mereka yang melakukan salah laku secara paksa. Tolong jangan salahkan diri anda.
Saya mohon sebarkan agar kita boleh cari lebih ramai mangsa.
Terus terang saya tak kenal OKT, tapi kalau satu berita begini menyebabkan banyak mangsa maju ke hadapan, tindakan OKT boleh dihentikan.
Itu merupakan hak untuk mangsa membuat laporan.
Selain dari itu kita serahkan pada siasatan.
Untuk mana-mana kes pun, anda mempunyai hak untuk bersuara dan serahkan siasatan pada pihak polis.
Kalah atau menang bukan tanggungjawab kita. Yang kita perlu buat adalah memberikan seberapa banyak maklumat untuk membantu siasatan kes yang melibatkan ahli perniagaan ini.
Sekian, saya mohon para pembaca yang baca sila faham bahawa kita perlu berikan hak yang sama adil dari mangsa dan yang di tuduh mengemukakan hujah masing-masing.
Salam
Syed Azmi