Tinggal lagi 21 hari sebelum umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan bulan Ramadan. Ini antara tips persediaan untuk menyambut bulan Ramadan.
1) Berpuasa pada Isnin dan Khamis
Berpuasa pada hari Isnin dan khamis merupakan sunat jadi tak salah untuk kita berpuasa pada hari tersebut. Selain melatih diri untuk berpuasa, kita juga dapat pahala.
2) Solat on time
Masa bulan Ramadan, semua berpusu-pusu nak buka puasa on time, apalah salah kalau kita ajar diri untuk solat on time juga. Bila dah solat on time hati senang nak buat kerja pun jadi laju.
3) Baca Al-Quran dua helai sehari
Adalah menjadi satu kebiasaan untuk kita cuba khatam sebelum habis bulan Ramadan, jadi bolehlah perlahan-lahan baca Al-Quran dari sekarang.
4) Dapatkan tidur yang cukup
Tidur yang cukup membolehkan tubuh kita untuk berehat dan bertenang. Tidur yang cukup membolehkan kita untuk membuat lebih banyak ibadah di bulan puasa seperti solat sunat dan tak lupa solat terawih nanti.
5) Bersenam setiap hari
Bersenam ni tak semestinya perlu ke gym cukup sekadar berjalan takpun berjoging. Bersenam ni boleh mempersiapkan badan kita untuk tak cepat penat bila masuk bulan puasa nanti.
6) Berbuat baik kepada keluarga dan jiran tetangga
Bulan Ramadan adalah bulan yang paling mengalakkan kita untuk berbuat amal kebaikan. Daripada bertukar juadah, bertanya khabar mahupun memberi sumbangan untuk melansungkan kehidupan mereka.
Tidak salah untuk kita saling membantu, mana tahu sekecil bantuan kita itu terlihat besar di mata mereka.
Selamat menunaikan ibadah puasa. Mari kita manfaatkan bulan yang penuh berkat ini agar kelak kita menjadi orang yang benar-benar mendapat kemenangan.