Isu curang ini kerap kali kita dengar di media sosial dan ia kadang kala melibatkan isteri dan juga suami orang.
Apabila nafsu menguasai diri, pasti hilanglah segala pedoman hidup dan juga keimanan dalam diri seseorang itu hanya kerana seseorang yang tidak halal baginya.
Wanita ini menceritakan kisah dirinya yang dapat menangkap si suami berhubungan dengan wanita lain sepanjang PJJ dan mengambil keputusan untuk menamatkan pekerjaannya.
Salam semua. Sebelum ke point utama, saya nak perkenalankan diri dulu. Saya seorang isteri yang PJJ dengan suami, dia di utara saya di selatan. Kami hanya dapat jumpa dalam sebulan sekali. Kami sama – sama kerja swasta.
Saya 40 tahun dan suami lewat 50an. Kami mempunyai 3 orang anak. Benarlah, hidup manusia mana yang tak pernah diuji, begitu juga dalam perkahwinan. Perkahwinan mana pun akan ada ujian, termasuk kami yang dah berkahwin 23 tahun.
Apa yang membuatkan saya nak menulis di sini, sebab saya memang nak pendapat terutama yang dah lama kahwin. Baru-baru ni masa suami balik bercuti, tergerak hati nak tengok whatsapp suami. Selama ni pun memang jarang saya nak cek tengok HP suami.
Gerak hati isteri tu memang betul kan? Maka. Terjumpa lah 1 chat ni. Seorang staff wanita dari tempat kerja suami cuma dia department lain. Dan sedihnya dia ni isteri orang, dari apa yang suami saya cakaplah. Dari segi rupa paras dah lewat 30-an. Profile pic di whatsapp pun memang bersama suami dia.
Perempuan bab siasat ni memang cekap, cepat lagi tepat. Saya terus call office suami saya dan tanya background perempuan tu, memang dia dah kahwin. Nasib saya baik sebab staff lama di tempat kerja suami baik dengan saya, perempuan tu staff baru. Jadi kerja jadi lebih senang dan teratur.
Dalam chat tu, ada dia snap pic hantar lauk yang dimasak sendiri bukan tapau tau. Katanya, dia sempat masak haritu dan tapau untuk suami saya, diletaknya atas meja office suami. Mungkin suami saya belum masuk kerja lah masa tu.Dalam fikiran saya tak mungkin ini kali pertama dari gaya mesej tersebut.
Adakah dah banyak kali perempuan tu masakkan makanan untuk suami saya? Selang beberapa hari ada pula text ajak suami saya lunch sama – sama, ya dari orang yang sama. Ishh. Memang panas lah saya, dan terjadilah perdebatan kami berdua. Suami saya cakap, kalau dia ada apa – apa dengan perempuan, isteri orang tu mesti dia dah delete chat tu. Suami siap suruh saya call perempuan tu tanya sendiri.
Saya bukan mudah nak percaya, sebab ada history jugak suami saya buat benda – benda macam ni, dan buat saya m4kin alert. Mungkin suami ingat saya tak berani nak call. Saya tak puas hati, saya call perempuan tu jugak. Dia menafikan, sampai lah saya cakap, “I baca chat tu.” Dia terdiam, terus cakap nanti dia call balik. Tapi tak call pun, akhirnya.
Dia macam panik masa saya bagitahu saya baca whatsapp dia sent kat suami saya, saya masih tak puas hati. Saya text dia, saya text elok – elok. Saya bagitahu saya tak suka dia layan suami saya macam tu, dan tarbiah sikit – sikit suruh jaga status dia sebagai isteri orang, dia tak reply pun.
Lahaiii. Dah kau kantoi mintak maaf je lah. Kalau ye pun nak bagi, sekurangnya cuba cakap la bagi alasan, terr masak lebih ke apa. Takdelah saya nak marah. Ini diam macam tu je. Memang tak beradap. Manalah saya tak sangka yang bukan bukan. Kalau benda tu betul dia buat tak salahkan..
Terfikir jugak saya. Mungkin saya salah anggap mula – mula tu. Masih nak ber husnuzon lah, tapi bila dia deny. Saya mula rasa something fishy. Sebab tu saya text jugak. Kepada yang membaca ni, anda rasa saya ni bersangka buruk ke? Saya ni cemburu buta ke? Saya pun kerja, takde makna nya saya nak masak tapau untuk suami orang.
Pada saya, saya pertahankan hak rumahtangga saya dan saya pun memang tak nak cari masalah dengan orang. Dah m4kin berumur ni, kita nak hidup tenang tenang je dengan suami dan anak – anak. Saya rasa nak berhenti kerja je dan pindah ikut suami, tapi takde cakap lagi lah kat suami niat saya tu.
Saya lebih tenang hidup seadanya, jadi surirumah memang itu impian saya pun. Rimaslah benda – benda macam ni. Dah duduk jauh, mesti la saya akan fikir yang bukan bukan, tak tenang seharian. Dan apa patut saya buat? Ye saya doa solat segala macam solat saya buat, minta Allah bagi jalan. Dan terasa nak luah di sini. Komen baik – baik tau. Saya ni hati tisu. Terima kasih atas pandangan dan nasihat kalian. – Kakak Manis (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Macam ‘Final Destination’! 32 penumpang roller coaster tergantung terbalik setinggi 40 meter