25 tahun simpan resepi nasi putih hotel, chef ini bongkar rahsia buat ramai orang marah

Nasi putih merupakan makanan wajib dimakan setiap hari berikutan ia mengenyangkan perut dan juga sesuai dimakan dengan lauk pauk sebagai sampingan.

Tetapi pernahkah anda terfikir mengapa nasi putih yang dimakan di kedai lebih enak rasanya berbanding di rumah?

Menurut seorang tukang masak muda, Ahmad Shukri yang telah lama dalam bidang masakan mengakui ada petua ringkas yang boleh diamalkan untuk nasi yang lebih sedap.

“Malam ni orang rumah sibuk. Saya dengan rela paksa masak nasi putih. Masak nasi putih ni pun ada rahsia besar. Bukan masak begitu saja.

“Selama 25 tahun saya belajar, bekerja, bergelumang dan mencari rezeki melalui perniagaan makanan. Malam ini saya akan bagi ilmu yang paling penting sekali dalam bidang masakan.

“Saya nak kongsikan ilmu ‘pengasih’ yang digunakan oleh kebanyakan kedai nasi campur dan juga nasi lauk kenduri kahwin. Kadang-kadang bila kita makan nasi kat kedai memang sedap. Lepas tu orang kata kedai tu pakai jin, pakai bomoh, pakai hantu dan macam-macam lagi,” katanya.

Shukri juga berkongsi ilmu supaya para isteri dapat gunakan untuk menambat hati suami.

“Perkongsian ilmu pangasih untuk anda. Anda boleh gunakan ilmu ini supaya suami anda lebih sayang sebab masak lagi sedap. Setiap kali masak nasi putih, bacalah Bismillah dan selawat masa basuh beras. Ikutlah berapa kali nak dibaca.

“Masa nak masak nasi. Masukkan sedikit garam dan minyak dalam nasi yang nak dimasak. Masukkan daun pandan. Kena pandai agak-agak supaya tak terlalu masin dan berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa,” ujarnya lagi.

Minyak yang dimasukkan menjadi sebab nasi tidak melekat dan berderai manakala garam menjadi perasa kepada nasi putih.

Pandan yang digunakan menaikkan aroma nasi putih itu lalu membuat si pemakan lapar.

“Kalau masak nasi selain nasi putih seperti nasi tomato dan nasi minyak, ikutlah cara ini beserta masukkan tiga atau empat ketul gula batu bertujuan mengilatkan nasi supaya lebih cantik.

“Inilah rahsia besar kedai-kedai makan dan para tukang masak. Saya reda kalau lepas ni ada yang mesej saya kenapa b***h sangat beritahu rahsia ni.

“Tujuan saya… ilmu yang diamalkan, saya akan dapat pahala berterusan. Tak salah kan?” katanya lagi.

Baca juga; Lebih 20,000 leka tonton lumba siput sedut, lelaki teruja ramai terhibur ‘content’ suka suka