3 varieti bawang merah BAW-1, BAW-2, BAW-3 berjaya dihasilkan sekaligus kurangkan import-Mohamad Sabu

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan negara berada di landasan tepat dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada bawang merah import.

Ia berikutan kejayaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menghasilkan tiga varieti Bawang Merah Mardi iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 tahun lalu.

“Insya-Allah kita di landasan yang tepat untuk mengurangkan kebergantungan kepada bawang merah import.

“Tahun 2023 MARDI telah berjaya menghasilkan tiga varieti Bawang Merah MARDI iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3. Tahun 2024 adalah masa untuk kita mengorak langkah kepada penanaman secara besar-besaran.

“Bersama kita jayakannya!”katanya melalui Facebooknya.

Sebelum ini, Mohamad ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kementeriannya akan memberi fokus untuk mengukuhkan industri bawang tahun ini.

Dalam memenuhi matlamat pengurangan import bawang sebanyak 30 peratus, beliau berkata kementeriannya menyasarkan kawasan penanaman seluas 1,447 hektar.

Baca juga: Tak payahlah nak pertikai isu pengampunan Najib, banyak jasa beliau kepada negara-PM