30 minit selepas akad nikah aku bergegas ke hospital akhirnya aku meraung, ibu pergi buat selama-lamanya itulah yang terhadi kepada sahabat aku yang dikira seorang yang kuat.
Di TikTok, viral sebuah kisah mengenai seorang wanita yang kehilangan ibu tercinta semasa hari persandingannya.
Menurut seorang lelaki yang dikenali sebagai Mawie, kisah sedih tersebut berlaku pada 26 Ogos yang lalu. Ujar Mawie, rakannya terus bergegas ke hospital sebaik sahaja mendapat tahu mengenai keadaan ibunya yang sedang nazak pada waktu itu.
Hari yang paling menggembirakan menjadi hari yang paling mendukakan. Ini kisah kawan baik aku. Nama dia Ika. Dia baru sahaja berkahwin pada 26 Ogos.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Pengantin nampak gembira tapi lebih kurang setengah jam sahaja selepas dia bernikah dia dapat satu perkhabaran yang mendukakan.
Dia terpaksa bergegas ke hospital besar Kuala Lumpur untuk melihat ibunya yang sedang kritikal. Sampai sahaja di hospital, ibunya telah menghembuskan nafas yang terakhir.
Mawie turut berkata, dia tidak sanggup melihat kesedihan yang terpaksa ditanggung oleh rakan baiknya itu.
Bagaimana aku nak menggambarkan perasaan yang dia rasa. Gembira sedikit tetapi dukanya yang lebih. Aku bangga dengan dia. Dia kuat untuk berdiri uruskan jenazah maknya dengan sebaiknya.
Walaupun keadaan dia tidak stabil dan emosi terlalu sedih tetapi dia terpaksa kuatkan diri untuk kembali ke majlis perkahwinan dia.
Bukan untuk meraikan tetapi untuk menghormati tetamu yang hadir daripada seluruh negeri. Keluarga ramai yang datang dari Indonesia dan Singapura.
Walaupun ayah dia berkerusi roda tetap menemani isteri tercinta. Kalau kita rasa sedih dan susah, ingat ramai yang lagi sedih dan susah daripada kita.