30 tahun batu digunakan sebagai penyendal pintu, lelaki ini terkejut rupanya batu bernilai hampir RM500K

Selama lebih 30 tahun batu ini digunakan sebagai penyendal pintu, lelaki ini terkejut rupanya batu bernilai RM400K.

Seorang lelaki di Michigan baru menyedari bahawa selama ini dia menyimpan batu meteor bernilai RM410,000. Batu itu selama ini hanya digunakan sebagai penyendal pintu selama 30 tahun.

Lelaki yang tidak ingin didedahkan identitinya itu berkata, dia berjumpa dengan Mona Sirbescu, Profesor dan Ahli Geologi di Universiti Central Michigan untuk memeriksa batu tersebut.

“Batu itu adalah batu yang paling berharga yang saya pernah pegang seumur hidup. Berharga dari segi ekonomi dan sains,” katanya memetik dari portal Newsweek.

Ketika menunjukkan batu itu kepada Mona, profesor itu terus mengetahui bahawa batu itu adalah batu istimewa. Setelah diuji, Mona mendapati batu meteor itu mengandungi 88 peratus nikel besi dan 12 peratus nikel yang jarang ditemui di bumi.

Difahamkan, pada 1988, lelaki itu membeli tanah pertanian di Edmore, 48 kilometer dari barat daya Mount Pleasant.

Batu itu diberikan oleh seorang penjual hartanah yang mendakwa melihat ada meteor jatuh dari langit di tanah itu pada tahun 1930-an.

Beberapa tahun kemudian lelaki itu pindah ke tempat lain dan batu tu masih disimpan. Dia tidak mengetahui bahawa batu itu berharga setelah melihat ada meteor melintas di langit Michigan pada Januari, yang menyebabkan gempa bumi kuat, menurut US Geological Survey.

Susulan daripada pendedahan tersebut, Smithsonian Institution dan juga muzium mineral di Maine mahu membeli batu meteor tersebut yang kini dikenali sebagai ‘ Edmore’.

Lelaki berkenaan juga bersetuju untuk memberikan 10% hasil jualan ‘batu’ tersebut kepada Universiti Central Michigan.

Baca juga: Di tengah-tengah peperangan, Mercedes-Benz bagi RM6 juta kepada Israel