Terdapat cara untuk buang tinted kereta yang gelembung dan yang kedua kena hati-hati takut terkoyak. Memasang tinted dianggap sebagai perkara yang tidak asing lagi buat para pemilik kereta di Malaysia.
Hal ini disebabkan cuaca di Malaysia menyebabkan negara kita menerima banyak sinaran matahari untuk sepanjang tahun yang sudah semestinya mengurangkan tahap keselesaan ketika pemanduan.
Dengan ini, pemasangan cermin gelap ini sekurang-kurangnya dapat meredupkan mata pemandu serta mengurangkan tahap kepanasan dalam kereta.
Namun begitu, jika tinted tidak dipasang dengan betul, potensi untuk gelembung udara muncul sangat besar. Apabila berlaku, ia tentu menyakitkan mata ketika memandu.
Jika gelembung udara muncul selepas tinted yang baru dipasang, tip ini boleh digunapakai apabila bahagian pelekat pada filem tersebut masih belum kering sepenuhnya.
Jika bahagian tersebut sudah kering sepenuhnya, tip-tip ini hanya menyelesaikan isu ini buat sementara waktu sahaja.
Hakikatnya, apabila bahagian pelekat sudah mulai kering, filem tersebut akan memerangkap gelembung udara dan menunjukkan tibalah waktu untuk filem pada cerim tingkap kereta untuk diganti dengan yang baharu.
Gunakan haba
Haba akan membolehkan pelekat menjadi lemah dan tinted menjadi lembut agar mudah untuk dikendalikan.
Mudah sahaja, anda boleh menggunakan haba yang dihasilkan daripada pengering rambut atau biarkan kereta berada di tengah panas buat sementara waktu.
Menjadikan tinted dan pelekat mudah dibentuk
Selain menggunakan haba, anda perlu mengaktifkan bahan pelekat dengan menggunakan campuran air dan sabun.
Anda perlu menyemburkan campuran kedua-dua bahan tersebut dengan menggunakan botol penyembur pada bahagian yang ingin dibetulkan.
Interaksi antara haba dan air bersabun akan membenarkan tinted dan pelekat mudah dibentuk lalu melekat elok dengan cermin.
Mengeluarkan gelembung udara
Gunakan pin kecil ataupun jarum peniti yang tajam untuk membuat lubang kecil pada bahagian tinted yang mengandungi gelembung udara.
Sungguhpun begitu, anda perlu berhati-hari ketika melakukan proses ini agar tidak tinted tidak terkoyak. Jika tidak, terpaksalah ganti dengan tinted yang baru.
Sebelum itu, pastikan tinted tersebut sudah disembur dengan air bersabun yang mencukupi. Alasannya supanya tinted mudah terbentuk dan melekat dengan cermin nanti.
Menekan gelembung udara
Gunakan plastik keras seperti kad kredit atau pembaris untuk menekan dan menolak gelembung udara yang terperangkap dalam tinted.
Mulakan proses dengan menolak gelembung udara pada bahagian sisi menuju ke arah lubang kecil yang dibuat dengan objek tajam sebelum ini.
Ini dapat membantu udara yang terperangkap keluar daripada tinted, sekali gus memastikan bahagian pelekat dapat melekat semula dengan cermin tingkap.
Seperti sebelum ini, lakukan proses ini secara berhati-hati bagi memastikan tinted tidak terkoyak dan pasti kedua-dua filem dan pelekat cukup lembap.
Baca juga: Penonton terkejut tengok Adira pakai baju nampak puting payudara di persembahan live TV