4 tabiat yang boleh rosakkan kereta, no 4 kegemaran rakyat Malaysia. Dalam tidak sedar kita ada tabiat tersendiri ketika membawa kereta, ada yang elok namun ada juga yang boleh rosakkan kereta.
Jom ikuti perkongsian daripada WapCar tentang empat tabiat yang akan merosakkan kenderaan anda. Apakah tabiat yang dimaksudkan? Jom, teruskan membaca artikel ini.
Terus tekan minyak kuat lepas ‘start’ kereta
Tidak dinafikan, kenderaan moden tidak perlu menunggu lama untuk ‘warm up’ namun tidak bererti kita boleh terus ‘melenjan’ kereta sebaik sahaja enjin dihidupkan.
Ia boleh menyebabkan stress yang tinggi pada enjin. Hal ini demikian kerana, suhu minyak enjin ketika itu belum lagi berada pada tahap optimum.
Sebolehnya tunggu beberapa minit untuk memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan anda.
Tidak menekan brek ketika lalu bonggol
Menurut WapCar, ramai yang menganggap tindakan ini hanya akan menyebabkan suspensi sahaja yang koyak. Tetapi sebenarnya, kerosakan yang boleh berlaku mungkin lebih daripada itu.
Tindakan ini juga boleh menyebabkan kerosakan mounting kereta dan rasa longgar pada casis.
Untuk pengetahuan anda, untuk membaiki semua ini akan menelan kos yang tinggi.
Pusing steering full lock dengan kuat
Jika anda selalu melakukan tabiat ini, steering rack akan cepat rosak dan akan mengeluarkan bunyi yang tidak sedap didengar serta tidak lancar seperti awal dahulu.
Untuk membaiki masalah ini juga akan menelan kos hingga beribu-ribu.
Tidak menggunakan signal
Nombor empat ini antara ‘tabiat buruk’ yang paling kerap berlaku ketika memandu. Hal ini bukan sahaja akan menelan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan kereta jika terlibat dalam kemalangan malah kemungkinan ada yang akan kehilangan nyawa.
Lagi malang, kalau yang hilang nyawa itu adalah pengguna jalan yang lain, sedangkan puncanya adalah daripada sikap sambil lewa kita.
Ingat guna kereta paling mahal di dunia sekalipun kalau tak pandai guna signal, baik duduk je di rumah.
Jimatkan kos membaiki kenderaan anda dengan membuang 4 tabiat ini. Kereta kurang buat masalah dan duit boleh dihabiskan di tempat lain, contohnya belanja isteri beg tangan baru.
Baca Juga: Nak beli kereta terpakai? Lelaki kongsi 11 tip untuk pilih kereta yang betul
Baca Juga: Lanjutkan moratorium pinjaman, pengecualian kadar faedah 6 bulan lagi terutama bagi PKS