Melalui satu rakaman video yang tular, seorang individu mendakwa 5 Adun Bersatu Selangor bakal menyokong Kerajaan Perpaduan dalam masa yang terdekat.
Ini rentetan kepada kekalahan pilihanraya kecil Kuala Kubu Baharu baru-baru ini dimana calon Perikatan Nasional iaitu Khairul Azhari Saut, kalah kepada Pang Sock Tao yang juga calon dari Pakatan Harapan.
Pang turut mendominasi dengan berjaya mencatatkan lebih 3,800 majoriti di sini serta undian yang meningkat 3 peratus dari para pengundi.
Sebelum ini 6 Ahli Parlimen Bersatu turut dikhabarkan berpaling tadah dengan menyokong pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terang-terangan.
Enam ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman Labuan dan seorang ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.