Pernahkah anda terfikir 5 jenis buah paling mahal di dunia sehingga boleh mencecah harga sebuah kereta Myvi. Bahkan harganya mahal dan tidak mampu untuk mengigitnya.
Sebut sahaja buah termahal, pasti ada sesetengah daripada kita memikirkan durian “Musang King” dan beberapa jenis grad durian lain yang ada bukan?
Tetapi tahukah anda, menurut Fresh Plaza, terdapat 5 lagi jenis buah yang paling mahal di dunia.
1.Anggur Ruby Roman – RM46,000
Mempunyai saiz yang jauh lebih besar berbanding anggur biasa, anggur Ruby Roman ini ditanam di daerah Ishikawa, Jepun. Anggur ini mengambil masa selama 2 tahun untuk dihasilkan setiap biji. Harga paling tinggi pernah dicapai untuk anggur ini adalah RM46,000 dalam satu lelongan tahun 2019.
2.Nenas Cornwall – RM55,000
Nenas yang terletak di Cornwill ini mencecah harga yang mahal disebabkan cara penanaman yang unik. Penanaman nenas ini menggunakan najis dan air kencing kuda dan menggunakan teknik rumah kaca. Sebab itulah harga nenas ini boleh mencecah sehingga RM55,000 sebiji.
3.Mangga Northern Territories – RM10,000
Di Australia, bagi menghormati peladang mangga yang bekerja di bahagian Northern Territory, setiap tahun akan diadakan acara lelongan melibatkan hasil tanaman mereka sebagai acara amal.
Menurut Fresh Plaza, buah mangga itu dilelongkan dalam kuantiti satu talam dan rekod jualan tertinggi dipegang dalam acara tahun 2012 pada harga RM138 ribu bagi satu talam mangga yang berisi 14 buah biji. Boleh kata RM10,000 sebiji.
4.Tembikai Susu Yubari – RM122,000
Tembikai Susu Yubari yang berasal dari Jepun pernah berjaya dilelong dengan harga RM122,000 dalam satu acara lelongan pada tahun 2018. Untuk pengetahuan anda, hanya 500 biji saja akan dihasilkan setiap tahun daripada 8 orang peladang yang beroperasi di Yubari, Jepun.
5.Tembikai Densuke – RM25,750
Tembikai Densuku mempunyai bentuk yang agak unit dan rasa yang sangat manis berbanding tembikai lain. Menurut Fresh Plaza, dalam satu acara lelongan pada tahun 2008, sebiji Tembikai Densuke berjaya mencecah harga RM25,750.
Fuh, amat menarik harga yang diletakkan untuk sesuatu buah yang disenaraikan. Sehinggakan harga berikut lebih kurang harga sebijik kereta di Malaysia.
Baca juga: “Ini rupanya Pakar Maritim yang Takiyuddin sebut dalam parlimen” – Netizen