5 jenis simpanan duit anak-anak, ibu bapa kena tahu

  • Post author:

5 jenis simpanan berbaloi untuk simpan duit anak-anak, ibu bapa kena tahu. Sebagai ibu bapa pastinya anda ingin menyimpan wang untuk masa hadapan anak-anak, untuk mengurangkan beban mereka apabila besar kelak.

Jika ada ibu bapa yang buntu untuk menyimpan duit anak-anak, tidak kiralah duit raya atau duit yang diberikan kepada mereka kerana membantu anda, anda boleh mengikuti tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nur Hafiqah Shamsuri.

Menurut Hafiqah, terdapat lima jenis simpanan yang berbaloi untuk masa depan anak-anak nanti.

TIPS SIMPANAN DUIT RAYA ANAK

1) SIMPANAN EMAS / AKAUN GAP

Emas

Boleh simpan dan buka akaun GAP atau Gold Accumulation Program. Konsepnya kita beli emas melalui akaun emas yang disandarkan 100% dengan emas fizikal.

Beli dan terus tukar ke dalam gram emas di dalam akaun. Setiap kali beli gram emas akan bertambah. Boleh simpan serendah RM100, topup sikit-sikit lama-lama nanti boleh keluarkan secara fizikal seketul terus bila dah cukup.

GAP

Dengan akaun GAP, tidak ada komitmen. Terpulang bila nak simpan dan nak tambah.

Tak semua orang mampu beli 10 gram setiap bulan atau 1 dinar setiap bulan, jadi dengan akaun GAP dapat kumpul emas serendah RM100. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

2) ASB

Akaun ASB pun kita boleh buka untuk anak-anak serendah deposit rm10 saja.

Dengan purata kadar dividen 5-7% setahun ianya masih relevan untuk menyimpan kat sini. Limit untuk ASB pun telah dinaikkan jadi RM200 ribu setiap individu.

3) Akaun Tabung Haji

  • Deposit serendah RM10 sebagai permulaan
  • Boleh daftar haji untuk the junior awal-awal serendah RM1300
  • Kadar purata dividen 1-2% setahun
  • Daftar siap-siap haji untuk anak, boleh pergi masa muda-muda kan
  • Simpan bila-bila pun boleh. Boleh juga potong direct debit dan potong gaji

4 ) Akaun SSPN i plus

  • Bestnya akaun ni sebab dapat nikmati kadar dividen purata 4% setahun.
  • Dapat juga pelepasan cukai.
  • Ia merupakan tabung pendidikan untuk anak-anak.
  • Ada macam-macam pakej yang ditawarkan di mana ianya termasuk sekali pakej takaful. Anda boleh baca maklumat penuh di laman SSPN-I. (Bergantung pada bajet anda)

UTAMA

5) Simpan melalui SSP Bsn

Saya lebih memilih untuk simpan di sini berbanding simpan tabung warna di mana ianya lebih selamat dan tak mudah hilang duit.

  • Boleh join contest SSP, Bsn tawarkan macam-macam.
  • Tukarkan dari tunai kepada Sijil serendah Rm10
  • Duit dibekukan selama 45 hari, lepas tu boleh dah nak bawak keluar semula

Baca Juga: Pengantin lelaki gugup sampai tersasul mas kahwin RM500 juta

Baca Juga: Tauke sarung tangan getah rugi RM25 bilion sejak Covid-19 mula mereda