Setelah isu penceraian baru-baru ini, pengarah terkenal Syamsul Yusof dilihat lebih tenang dalam memberikan komen berkenaan kehidupan peribadinya.
Meskipun diasak dengan pelbagai soalan berkaitan keluarga, pengarah itu kekal tenang dan hanya menjawab akan menyelesaikan dengan keluarganya sendiri.
Itu juga dilihat dalam laman sosial ibunya iaitu Datin Patimah yang memuat naik sebuah posting yang turut menarik bualan ramai pihak.
Datin Patimah dilihat berkongsi gambar sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2014 dengan kesemua anak menantunya termasuk bersama Syamsul Yusof.
Lebih mencuri tumpuan, kapsyennya ‘Insya-Allah kami akan berkumpul semula’ dilihat sebagai suatu langkah positif bahawa anak kesayangannya itu akan pulang semula ke rumah mereka.
Baca juga: Peniaga kecam melayu paling banyak jadi ‘pengkhianat’, beli daging kisar murah tapi haram