5 tips mudah nak bantu anak kecil berpuasa, “Tak semestinya perlu bagi ganjaran duit”

Ada berbaki 2 minggu lagi kita akan meraikan bulan syawal dan meninggalkan bulan ramadhan yang mulia.

Bagi ibu bapa yang sedang melatih anak untuk berpuasa, kami kongsikan 5 tips mudah untuk anak berpuasa pada bulan ramadhan ini. Mari cuba!

1. Terangkan maksud sebenar puasa

Ajarkan kepada anak-anak bahwa puasa tidak hanya tentang menahan makanan dan minuman, tetapi juga tentang pengendalian diri, kepatuhan kepada Allah, dan belas kasihan terhadap sesama manusia.

Jelaskan bahwa puasa adalah bentuk ibadah yang membantu kita mendekatkan diri kepada Allah dan meningkatkan kesedaran spiritual.

Ceritakan juga kisah kisah nabi dan juga surah surah yang menceritakan keajaiban bulan puasa ini.

2. Latih anak dengan rutin baharu

Kanak-kanak sebaiknya diperkenalkan kepada puasa secara bertahap. Penting untuk tidak memaksa anak-anak jika mereka tidak mampu bertahan berpuasa.

Sebaliknya, ajarkan mereka tidur awal untuk bangun sahur supaya badan mereka lebih relaks dan juga tidak terkejut.

3. Rehat dan makanan berkhasiat

Anda juga boleh menggalakkan anak-anak untuk tidur sebentar pada waktu siang bagi memulihkan tenaga mereka sementara menunggu waktu berbuka.

Pastikan anak-anak diberi makanan yang berkhasiat dan sesuai agar tubuh mereka dapat menahan lapar sepanjang berpuasa.

4. Buat aktiviti menyeronokkan

Adalah lumrah bagi kanak-kanak kecil mengalami rasa lapar ketika berpuasa. Untuk mengalih perhatian mereka, sediakan aktiviti menarik yang tidak terlalu memerlukan tenaga.

Dengan menyediakan aktiviti yang menyeronokkan, ia dapat membantu mengurangkan rasa lapar serta memberikan mereka keseronokan semasa menunggu waktu berbuka sekaligus menghilangkan niat mereka untuk berbuka awal.

5. Tawarkan ganjaran

Ramai ibu bapa menganggap ganjaran hanya berbentuk wang sahaja, tetapi ini sebenarnya pandangan yang keliru.

Tidak salah jika anda ingin memberi wang atau upah kepada anak-anak yang berpuasa, tetapi terdapat pelbagai cara lain untuk menghargai usaha mereka.

Sebagai contoh, berjanji untuk membeli baju raya untuk mereka atau membawa mereka berjalan-jalan ke bazar Ramadan untuk membeli makanan kegemaran mereka.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Netizen cop Neelofa tiada sifat empati, melulu bagi nasihat di radio