Kecoh satu kampung di Kelantan apabila lori yang bawa babi kemalangan di kampung mereka. Lori yang membawa muatan 50 ekor babi sejuk beku itu dikatakan kemalangan pada pagi tadi.
Akibat kemalangan jam 7 pagi, dinding sebelah kiri lori tercabut menyebabkan daging babi yang dibawa berserakan di jalan raya.
Akibat daripada itu, lima orang asli terlibat membantu mengalihkan babi-baibi tersebut dari atas jalan raya.
Sehingga jam 4 petang tadi kerja-kerja mengalihkan daging terbabit masih belum selesai.
Memetik Bharian Online, penduduk Kampung Kuala Tool, Muhammad Ikhwan Mahmood, 22, berkata penduduk berharap kerja pengalihan segera diselesaikan kerana mereka berasa tidak selesa dan loya.
Rakannya, Muhamad Aiman Yaacob, 25, berkata penduduk berharap kerja mengalihkan daging babi dari kawasan kemalangan dapat dibuat segera bagi mengelakkan bau busuk mengganggu penduduk.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata pihaknya belum terima laporan berkenaan kejadian terbabit.