Banglo hendak di’letgo’ dengan harga RM22 juta di Damansara. Lain ceritanya pada kali ini apabila tular iklan penjualan hartanah mewah melibatkan 6 unit banglo tiga dan empat tingkat dalam satu kawasan di Sungai Penchala,
Memiliki tanah seluas dua ekar, enam rumah banglo ini menempat 27 bilik tidur dan 26 bilik air serta mempunyai pemandangan bukit bukau.
Dikelilingi pokok-pokok hijau menjanjikan pengalaman yang nyaman buat pembeli baharu.
Penjualan hartanah bernilai RM22 juta ini nyata mendapat perhatian netizen yang sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan. Sementara itu, terdapat netizen yang berteka-teki pemilik hartanah mewah ini.
Selain itu, terdapat juga netizen yang memaklumkan individu ini merupakan seorang yang aktif bagi aktiviti di masjid. Beliau sebelum ini membangunkan hartanah ini dalam usaha untuk membolehkan beliau dapat hidup bersama anak-anaknya di satu kawasan yang sama.
Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hartanah ini, anda boleh klik di sini untuk berhubung dengan ejen hartanah berkenaan.
Baca juga: Tak sampai 8 jam beli Bezza baru terus rosak, “dah lah bayar bank jalan macam biasa..”