7 penjenayah dedah filem Bollywood Special 26 bagi idea merompak

7 penjenayah yang dicekup polis mendedahkan filem Bollywood Special 26 memberi idea kepada mereka untuk merompak sebuah pusat kesihatan.

Penjenayah itu ditahan kerana menyamar sebagai pegawai polis Mumbai, India apabila empat individu, termasuk seorang wanita, memasuki pejabat pusat itu di Kompleks Netaji Subash Place di New Delhi.

“Atas alasan untuk melakukan serbuan selama lima jam, mereka merompak dengan nilai antara lima lakh (kira-kira RM27,900) hingga tujuh lakh (kira-kira RM39,000),” kata polis.

Polis berkata, selain wang tunai, tertuduh turut melarikan komputer riba, 10 telefon dan dokumen bank mangsa, kata polis.

“Siasatan awal mendapati suspek diiringi sekumpulan individu yang berkawal di luar pejabat.

“Mereka terus berkeliaran di luar ketika itu tetapi tidak masuk. Kami mula mencari mereka. Berdasarkan pengawasan teknikal dan siasatan, salah seorang daripada mereka dikenal pasti dan ditahan,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Barat Laut, Usha Rangnani.

Suspek yang ditahan mendedahkan filem Bollywood ‘Special 26’ memberi idea kepada mereka untuk melakukan rompakan berkenaan.

Menurut polis beberapa suspek masuk ke pejabat manakala yang lain berkawal berdiri di luar premis itu.

Polis menemui sebahagian wang tunai yang dirompak, telefon dan komputer riba bersama kad pengenalan palsu Polis Mumbai.

Baca juga:

Tak mahu cari duit, lelaki sanggup mencuri untuk masuk penjara

Baca juga:

Gaji tinggi, mata wang kukuh daripada RM punca ramai berhijrah, kerja di Singapura