Untuk pengetahuan anda organisasi CTBUH atau Council on Tall Buildings and Urban Habitat telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan mengumumkan “Bangunan Tertinggi di Dunia” dan meletakkan aras bagi bangunan yang diukur.
Pada tahun 1996, sebagai respons sama ada Bangunan Berkembar Petronas atau Menara Sears lebih tinggi, CTBUH menyenaraikan bangunan mengikut beberapa kategori.
Antaranya adalah ketinggian ke bahagian atas struktur atau seni bina; ketinggian ke tingkat lantai tertinggi yang diduduki dan ketinggian ke atas mana-mana bahagian bangunan.
Kita lihat 8 bangunan pencakar langit tertinggi di dunia bagi tahun 2022. Untuk senarai penuh anda boleh lihat di sini.
1) Burj Khalifa 828 meter menjadi struktur bangunan tertinggi didunia
Burj Khalifa, ialah sebuah bangunan pencakar langit terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Pembinaan bermula pada 21 September 2004, dengan bahagian luar struktur siap pada 1 Oktober 2009.
Bangunan ini dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010, dan merupakan sebahagian daripada pembangunan diatas tapak seluas 490 ekar.
2) Merdeka 118 (Kuala Lumpur, Malaysia)
Ketinggian 68 Meter .
Merdeka 118, merupakan bangunan pencakar langit 118 tingkat terletak di Kuala Lumpur , Malaysia .
Pada ketinggian 680 meter, Menara 118 adalah struktur bangunan kedua tertinggi di dunia, di belakang Burj Khalifa pada 828 meter.
Pembinaan bermula pada tahun 2004 dan dijangkakan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2023.
Bentuknya diilhamkan oleh isyarat tangan yang dibuat oleh Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, ketika beliau mengisytiharkan kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.
3) Shanghai Tower
Bandar : Shanghai
Negara : China
Tinggi : 632 meter
Tingkat : 128
Tahun Siap : 2015
4) Abraij Al-Bait Clock Tower
Bandar : Mekah
Negara : Arab Saudi
Tinggi : 601 meter
Tingkat : 120
Tahun Siap : 2012
5 Lotte World Tower
Bandar : Seoul
Negara : Korea Selatan
Tinggi : 554.5 meter
Tingkat : 123
Tahun Siap : 2017
6) One World Trade Center
Bandar : New York
Negara : Amerika Syarikat
Tinggi : 541.3 meter
Tingkat : 94
Tahun Siap : 2014
7) Tianjin CTF Finance Centre
Bandar : Tianjin
Negara : China
Tinggi : 530 meter
Tingkat : 97
Tahun Siap : 2019
8 China Zun
Bandar : Beijing
Negara : China
Tinggi : 527.7 meter
Tingkat : 109
Tahun Siap : 2018
Baca juga: Rupanya ramai tersilap bila guna MAE, nak ‘transfer’ RM156 tertekan RM1.56