Apabila kita bekerja dengan pangkat yang tinggi, ia pasti datang bersama gaji yang tinggi dan lumayan. Apatah lagi mereka yang bekerja sebagai Presiden atau Perdana Menteri. Pekerjaan seperti ini sering dikaitkan dengan kemewahan.
Namun berbeza pula dengan bekas presiden Uruguay ini, beliau terkenal dengan jolokan Presiden Termiskin di dunia.
Beliau lebih menyukai gaya hidup yang sederhana dan seperti orang kebanyakan. Itu juga menjadi faktor beliau lebih mudah didekati oleh rakyat.
Di bawah merupakan beberapa fakta menarik tentang bekas presiden Uruguay, Jose Mujica ini.
- Tidak mahu tinggal di rumah mewah
Siapa yang tidak mahu tinggal di kediaman yang mewah bukan? Katil yang empuk, makanan dan segala persiapan disediakan. Berbeza dengan Jose, beliau seboleh mungkin tidak mahu tinggal di kediaman mewah yang disediakan.
Namun lebih memilih untuk tinggal di rumah satu bilik di ladang kekwa bersama isterinya. Ia terletak di pinggir bandar Montevideo
- Hanya ambik gaji 10%
Dilaporkan, bekas presiden Uruguay ini mendermakan 90% gajinya kepada golongan miskin dan juga peniaga kecil kecilan.
Secara konsisten, beliau mendermakan USD12,000 ( RM47,382) dan hanya menggunakan baki USD 775 (RM3060) sahaja untuk keperluan harian.
- Harta hanya Volkswagen lama
Jarang kita dengar orang kenamaan dan juga orang kaya yang tidak mempunyai aset mewah. Lain pula ceritanya dengan presiden Uruguay ini yang hanya mempunyai aset Volkswagen Beetle model lama (1987). Isterinya yang juga seorang Senator, Lucia Topolansky mengikut jejak langkah suaminya dengan mendermakan sebahagian dari gajinya dan tinggal di ladang bunga kekwa miliknya.
Dikhabarkan, ada seorang jutawan dari negara Arab menawarkan 1 juta dolar untuk membeli Volkswagen Beetle beliau, namun ditolak.
4. Beratur bersama di klinik
Apabila ke klinik atau di pejabat-pejabat kerajaan, beliau juga akan beratur seperti orang kebanyakan. Ini memudahkan beliau untuk menyelami hidup rakyat dan memahami kesukaran mereka.
Presiden yang mesra rakyat ini juga kerap menjual hasil tanaman ladangnya ke penduduk sekeliling.
5. Berpakaian seperti orang biasa
Seperti gaya hidupnya yang sederhana, begitulah beliau jika ke majlis-majlis formal. Sering menjadi tumpuan ramai dengan menaiki model lama Volkswagennya, beliau juga hanya mengenakan kemeja serta sandal untuk ke majlis formal.
6. Tidak dikawal ketat
Lebih memilih untuk tidak dikawal ketat, rumahnya juga tiada tembok yang tinggi atau kamera pengawasan yang memerhati. Hanya dua pengawal yang setia menunggu di luar rumahnya.
7. Pulihkan ekonomi negara
Jose Mujica ketika pentadbirannya telah memulihkan masalah pengangguran dan menaikkan gaji purata dalam kalangan rakyat.
Kesan ini signifikan kerana ketika itu Argentina dan Brazil juga mengalami masalah yang sama.
8. Memperjuangkan keamanan
Sebelum menjadi Presiden Uruguay, beliau menganggotai kumpulan pejuang gerila Tupamaros.
Kumpulan ini terkenal dengan merompak bank dan syarikat yang menyeleweng. tujuan asal rompakan ini adalah untuk menyerahkan hasil wang tunai itu kepada rakyat yang miskin. mereka juga digelar “The Robin Hood”.
Walaupun digelar Presiden Termiskin Di Dunia, namun baginya definisi itu merujuk kepada orang yang asyik mengejar kebendaan dan merasa tidak cukup sentiasa. Bahkan orang yang paling kaya itulah orang yang sentiasa memberi.
Baca juga: FF1 Milik DYMM Sultan Ibrahim