“9 tahun abang kakak duduk tumpang rumah mak, tak sangka lama-lama siap ugut tukar nama geran rumah”

Assalamualaikum admin dan semua pembaca. Saya ada nak tanya dekat sini, ada ke yang abang ke kakak yang sudah berkahwin masih tinggal rumah family? Saya ada satu luahan nak tulis dekat sini. Saya tertekan sangat dengan abang dengan kakak ipar yang tak nak menyewa dekat luar.

7 tahun perkahwinan dorang dan dah ada 3 orang anak. Sebelum mereka kahwin, dalam rumah ni ada ayah mak, akak dan saya yang masih bujang. Pada mula awal perkahwinan abang dengan kak ipar, mak ayah terp4ksa mengeluarkan duit hantaran sebanyak RM10k dan untuk majlis kahwin pula dengan menggunakan duit umrah dan membeli cincin emas.

Tahun pertama nampak ok, semua nampak sempurna je. Saya dan kakak tak berkerja masa tahun pertama. Tahun ke-2 perkahwinan diorang, diorang dikurniakan anak sulung. Dua – dua kerja kilang jadi lepas pantang kami yang mengasuh anak diorang.

Bayaran gaji RM300 ja kongsi 2 orang, yang tu pun kadang – kadang lambat balik. Dan dengan duit RM300 tu juga mereka minta untuk kami share duit api air. Nak singkatkan cerita selepas anak ke-2 diorang usia 2 tahun.

Kami satu family ada g4duh besar sebab kereta abang saya dah habis loan, malangnya pokok kelapa timpa kereta. Kos repair diorang tak nak bawa keluar, jadi ayah seorang je bawa keluar modal RM10k lebih untuk repair.

Dalam beberapa tahun, mereka plan nak jual kereta tu. Tapi ayah bantah sebab duit repair ayah yang keluarkan. Jadi diorang macam marah, duduk satu rumah jalan hentak – hentak kaki. Disebabkan rumah atas rumah kayu memang dengar la hentakan tu, lepas tu apa – apa makanan ke semua asing – asing, diorang tak nak dah share dalam satu masakan macam tu.

Masa mak s4kit terlantar kat katil, diorang tak tengok pun, sedangkan duduk dalam satu rumah. Buat hal sendiri. memang kami semua makan hati dah. Mak buat keputusan suruh mereka menyewa dekat luar, diorang janji la kata kat ayah diorang akan keluar selepas habis pantang anak ke-3.

Habis pantang diorang cakap lain kata duit api air diorang bayar lah. Masa lepas raya kami macam ok dah la, berbaik. Tapi kak ipar macam tak ikhlas la plan nak berbaik sebab tak nak kena halau dari rumah ja. Lepas habis pantang diorang tak nak juga keluar.

Dua tiga bulan je ok, lepas tu kak ipar mula buat per4ngai, jalan cam marah – marah. Tengok muka pandang kot lain. Cakap buat tak tahu. Masa ni diorang beli barang rumah untuk kegunaan diorang je. Kami dah bagitahu suruh pindah, tapi alasan dorang bagi rumah sewa mahal.

Saya dah cari rumah sewa bulanan RM400, diorang bagi alasan lagi kata jauh dengan tempat kerja tapi rumah tu tak jauh mana dari rumah kami. Sekarang diorang plan nak beli barangan rumah untuk diorang, maksudnya dorang nak duk sekali tapi buat hal masing – masing.

Kami tak puas hati, kata la pergi la menyewa. Nak tinggal sekali tapi buat macam orang luar, duk tarik muka, kegunaan lain – lain. Buat tambah dosa kami duk s4kit hati tengok per4ngai diorang. Diorang kata kalau diorang tak boleh nak beli barang – barang kehendak diorang, diorang suruh kami bayar duit elektrik air.

Masalahnya duit elektrik dan air tak sampai RM100 pun. Saya boleh bayar. Diorang ugvt mak ayah saya pula kalau diorang keluar, diorang akan bawa sekali anak – anak, kira cam nak buat per4ngai tak nak bagi atok nenek jumpa cucu – cucu lepas ni.

Sekarang saya mengalami masalah mental, depr3ssi, dan kakak anxlety. M4kin lama m4kin teruk sebab hadap per4ngai diorang. Ada jalan penyelesaian ka kes macam ni? Jangan suruh kami keluar atau pindah. Mak ayah s4kit pun diorang tak hirau.

Lupa diorang ni harap ayah segala urusan diorang sampai ayah penat. Ayah buat jugak sebab nak jaga hati. Kadang-kadang minta Allah balas je dunia akhir4t tapi bayang kan dari 9 tahun lepas sampai sekarang kena hadap orang camni. Paling teruk minta Allah ambik nyawa diorang ja. Sump4h tak tahan.

Terima kasih admin. Harap ada yang boleh tolong bagi solutions tanpa kecaman ya. Saya dah cukup str3ss dah. Satu lagi lupa, diorang macam p4ksa mak saya tukar tanah mak saya sebahagian ke atas nama diorang. Mak saya cakap tak boleh sebab tanah pusaka ni baru tukar atas nama mak.

Mula dari sini yang diorang asyik buat per4ngai. Alasan nak minta bantuan rumah. Sampai keluar si kak ipar ni masuk campur tanya mak, tak tukar nama memang susah laa nanti.

Baca juga: “Shuhaimi mimpi Sharifah Aini dan Siti Sarah ajak pergi taman cantik”-Ina Naim