Wanita dilamar dengan mas kahwin RM90,467

  • Post author:

Wanita dilamar dengan mas kahwin RM90,467. Seorang wanita di Sulawesi Selatan dilaporkan telah menerima mas kahwin yang sangat luar biasa sehingga menjadi tular di media sosial.

Memetik laporan Tribun News, wanita tersebut dilamar dengan mas kahwin berupa wang Rp 300 juta (RM90,467) dan satu set perhiasan emas.

Menurut portal Kosmo!, sebuah bilik pameran kereta beserta kenderaan di dalamnya dan sebidang tanah sawah juga turut dijadikan sebagai hantaran perkahwinan kepada wanita tersebut.

Pasangan wanita tersebut juga akan menanggung yuran pengajiannya nanti. Menerusi satu video yang tular di media sosial, kelihatan seorang wanita membawa sebuah kotak jernih berisi wang tunai.

Di dalam kotak itu juga terdapat tiga longgokan wang kertas Rp 100 ribu (RM30.17).

Wanita berkebaya merah itu dilihat menaiki tangga rumah dan di belakangnya kelihatan seorang lelaki memakai suit berwarna hitam dan kain sarung hitam serta kopiah.

Kemudian mereka diikuti oleh tetamu yang membawa hantaran-hantaran yang lain.

Sementara itu, bapa pengantin lelaki telah mengesahkan perkara itu dan mengatakan bahawa perkahwinan tersebut telah berlangsung pada 26 Mei lalu.

“Ya betul,” katanya ringkas ketika disahkan oleh East Tribune.

Menurutnya, keluarga wanita itu tidak meminta kesemua hantaran tersebut tetapi ia adalah atas inisiatif pengantin lelaki sendiri.

Baca Juga: Lelaki ceraikan bini sebab hanya pandai masak mi segera

Baca Juga: Bekalan air untuk penduduk Lembah Klang mampu bertahan lapan bulan ketika kemarau