Hidup berumahtangga memerlukan kesabaran dan tolak ansur yang tinggi buat suami dan isteri. Sudah banyak kita dengar pelbagai kisah rumah tangga yang berakhir dengan penceraian. Namun, kisah kali ini agak meruntun hati apabila si suami masih menyintai si isteri tetapi jatuh cinta dengan wanita lain. Si isteri juga masih sangat menyayangi suaminya. Ikuti kisah ini.
Assalamualaikum semua. Saya tak tahu hendak mulakan dari mana, tapi rasa sakit hati yang saya alami sekarang rasanya membuak buak dan melahap dalam jiwa. Perkenalkan diri, saya seorang isteri dan ibu kepada 4 orang cahaya mata.
Surirumahtangga sepenuh masa, kerana saya dan suami mahu anak-anak membesar dan dijaga sepenuhnya di rumah kami. Suami yang bekerja sebagai pensyarah, seorang yang workaholic.
Bekerja baliknya waktu malam, hari cuti sabtu atau ahad, mesti akan menjengah ke officenya juga walau sekejap. Selalu outstation seluruh Malaysia. Sebagai ibu, saya tidak mahu ambil risiko anak-anak akan terabai apabila ibu ayah bekerja walaupun saya mempunyai segulung ijazah.
Rumah tangga mana yang tidak ditimpa gelora. Rumah tangga yang dibina, genap 10 tahun. Selama ini kepercayaan saya pada dia, saya pertaruhkan. Suami seorang yang bertanggungjawab, rajin, caring, matang, beragama. Saya tak tahu di mana silapnya, saya mencari-cari punca, muhasabah diri atas kekhilafan lalu.
Pada suatu malam, selepas pulang dari kerja luar selama beberapa hari, suami meluahkan rasa kegusaran hatinya buat pertama kali pada saya. Dia jatuh hati pada wanita lain. Pada malam itu, saya rasa di awang-awangan.
Saya hanya mendengar ceritanya bagaimana dia telah jatuh hati pada wanita tersebut dan menyimpannya selama sudah beberapa tahun. Hari seterusnya, saya mula menangis. Saya rasa cinta ini dikhianati. Saya mula marah-marah, dan pelbagai benda yang dibincangkan.
Dia jujur pada saya, dia berurusan dengan wanita itu atas dasar kerja, ada beberapa kali pernah outstation bersama, tapi bukan hanya berdua. Selama ini saya senyap, walaupun saya tahu, kerana pada saya benda ni mungkin main-main sesama kawan-kawan.
Saya selalu check cellphonenya, pada kawan-kawannya perempuan itu crush suami saya. Tapi tak sangka, benda ni serius. Saya bergaduh dengan suami, suami mengatakan saya tak boleh menidakkan hukum. Lelaki boleh mempunyai isteri lebih dari 1. Dia mengatakan saya telah menolak hukum.
Saya lebih mengenali suami, dia katakan sebab bagaimana dan mengapa dia merasakan dia boleh memperisterikan perempuan tersebut. Dia ibarat mahu mengatakan yang dia mampu membela nasib wanita tersebut bila mengahwininya.
Kerana ada beberapa masalah pada wanita tersebut, namun perempuan tersebut juga memiliki kelebihan yang padanya mampu membantunya dalam urusan kerja dan cita-citanya untuk ke peringkat lebih tinggi. Saya rasa terhina, dan rasa bodohnya diri saya.
Selama ini saya berkorban untuk tetap di rumah. Setelah Iawan baIas membaIas pernyataan, saya buktikan pada dia, dia tak mampu untuk berpoIigami. Akhirnya dia akur setelah berhari-hari perdebatan dan pergaduhan antara kami.
Saya menangis dalam peIukannya, saya minta padanya untuk buang terus perasaan tersebut. Saya tak mahu ada insan lain dalam hatinya. Dia minta maaf dan katakan pada saya, tiada apa kekurangan langsung pada saya.
Dia bukan berniat ingin mengambil kesempatan atas kekurangan saya, kerana pada dia, saya sudah cukup sempurna sebagai isteri walaupun saya tahu terlalu banyak kekurangan diri saya. Saya berusaha untuk dia, saya buat sesuatu pada diri saya untuk dia.
Saya sabar, dan teruskan hidup bersama walaupun ada calar dan Iuka pada hati saya. Tapi saya tak mampu untuk tetap curiga dan keresahan pada hati. Setelah berbulan-bulan lamanya, dia meluahkan isi hati pada saya, dia resah kerana hatinya masih begitu.
Saya dengar cerita dia sebagaimana cerita pada kes pertama. Tapi ayat yang membuatkan hati saya betul-betul patah, saya berlari keluar dan menangis semahu-mahunya. Dia ceritakan yang dia berdoa supaya direzekikan hidup bersama.
Hancur hati saya. Sakitnya hati saya kerana telah beri dia peluang. Dia mengatakan dia hanya mahu jujur dengan saya, dia takkan berselindung apapun dari saya. Dia mengatakan saya lah tempat dia meluahkan susah hati dia kerana masih ada perasaan tersebut pada orang itu.
Dia mahu saya tenangkan perasaan dia dan berharap saya bersabar dalam membantu dia untuk hilangkan perasaan tersebut. Apa yang boleh saya bantu tanpa menyakitkan hati saya. Hari-hari saya berperang dengan perasaan dan emosi sendiri.
Saya rasa mahu lari dari hidup dia. Saya rasa mahu berpisah dari dia. Hati saya terlalu sakit. Dia katakan kasih sayang pada saya tak pernah berkurang dan tiada kompromi dalam hal cinta pada saya dan keluarga.
Dan dia menyedari dia takkan mampu berpoligami, dan doanya agar direzekikan jika saya mampu menerima dan tidak meruntuhkan keluarga yang sedia ada. Tapi kenapa dia begitu, dia katakan pada saya, hal hatinya yang sampai bila begitu tidaklah mampu dia jangkakan sampai bila. Salahkan saya merasa tersakiti? Saya tak tahu apa yang harus saya lakukan. – Lara Safiyya (Bukan nama sebenar)