Aaron-Wooi Yik dedah strategi ‘rahsia’ raih pingat Gangsa Olimpik, malam sebelum mesti..

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sebelum ini menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia selepas menewaskan beregu nombor dua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Menerusi perbualan di Sinar FM, beregu lelaki tersebut dijemput sebagai tetamu jemputan bagi menjawab bagaimana strategi untuk menghadapi pihak lawan yang bakal dikalahkan pada sukan Olimpik lepas.

“Sebelum setiap match malam itu kita akan ada analisis dengan coach dan akan bincang.”

“Coach akan beri opinion(pendapat) sendiri dahulu sebelum kami beri pendapat sendiri dan kita akan combine.”

Aaron turut memberitahu ada kalanya jika strategi tidak menjadi, mereka perlu bersedia untuk menukar ke pelan B.

Pemain badminton itu turut mendedahkan mereka kerap menukar strategi ketika bersemuka dengan pihak lawan untuk meraih seberapa banyak point ketika pertandingan.

Aaron-Wooi Yik terlepas peluang untuk menukar warna pingat ke emas atau perak selepas tewas 19-21, 21-15, 17-21 kepada beregu utama dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang dari China dalam pertarungan separuh akhir yang sengit dua minggu lalu.

Baca juga: Penuh misteri! Baru tahu jambatan Kota Klang yang pertama dibina di Tanah Melayu dan Asia Tenggara