Abah dan mak boring duduk rumah saja-saja, sekali buang tabiat melaram pakai baju pengantin di butik

Perasan tak apabila melihat pasangan suami isteri yang baru kahwin mengalahkan putera puteri di raja begitu juga buat mak ayah kita sebenarnya mereka mempunyai naluri seperti kita.

Orang lama, perkahwinan mereka kebanyakannya berkekalan cukup lama sehingga puluhan tahun.

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh @azurabohari88, memaparkan gelagat ibu dan bapanya melaram baju pengantin kerana boring berada di rumah.

Menerusi video tersebut, sempat si isteri meminta suaminya untuk memakai baju pengantin lelaki bersongket hijau untuk sedondon dengannya. Malah, mereka juga turut mengenakan aksesori seperti mahu bersanding.

Pasangan itu tersenyum malu apabila diminta untuk posing di hadapan kamera seperti pengantin baru.

@azurabohari88

tahun ni tahun ke 38 tahun abah Dan mak membina masjid Dan Mempunyai anak yg taat lagi cantik seperti Ku.. umur abah 68 umur mak 57 beza 11 tahun sbb dlu abah tipu mak masih nk kawen..dia kata umur nya 21 padahal umur dah 29 tahun time kawen.. mak X bercinta sgt pun time tunang.. org dulu2 kan 😅😅 bila dah kantoi, kawen je lah.. nk buat mcm mana dah jodoh 🤣🤣 semoga abah Dan mak kekal sihat Dan Di panjangkan umur, kerana Kami belum puas bahagiakan mak abah ♥️♥️

♬ Nyaman – Ash Fasryll

Difahamkan, pasangan itu sudah 38 tahun mendirikan rumah tangga seperti yang dinyatakan dalam kapsyen video itu.

Menurut sumber mStar, butik tersebut merupakan milik pengguna TikTok tersebut dan ia bukanlah kali pertama ibu bapanya memakai baju pengantin kerana mereka sering berkunjung ke sana untuk mengisi masa lapang.

Kata Azura, ibu bapanya seperti kebanyakan orang-orang lama yang lebih hangat bercinta selepas mendirikan rumah tangga.

Tambahnya, walaupun ibu bapanya kelihatan serasi, sebenarnya mereka berdua mempunyai karakter yang berbeza.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tersenyum melihat kemesraan pasangan suami isteri ini.

Dalam pada itu, ramai turut mendoakan agar pasangan berkenaan terus diberi kesihatan yang baik dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Baca juga: Seorang isteri jutawan yang berusia 23 tahun dedah dirinya berbelanja RM77,000 sehari di TikTok