Siapalah yang mahukan kehidupan yang dibesarkan oleh orang luar terutamanya ibu tiri. Figura ibu tiri ini biasanya akan sentiasa dipandang negatif oleh masyarakat.
Bahkan anak-anak yang bakal menerima ibu tiri juga sepertinya tidak mahu namun siapalah yang mampu menidakkan jodoh lebih lebih lagi andai anak itu masih kecil.
Kisah benar ini menceritakan bagaimana wanita ini dibesarkan oleh abah dan ibu tirinya yang disifatkan sebagai panas baran.
Assalamualaikum. Nama aku, Hani bukan nama sebenar. Aku selalu baca confession dekat sini dan hari ni, terdetik hati aku nak luahkan apa yang aku alami dari kecil dan aku harap kalian ada nasihat yang boleh aku dapat untuk legakan segala kekusutan ini.
Aku namakan abah aku Hassan (bukan nama sebenar). Abah aku okey je, baik, bertanggungjawab dan bagi aku, tanpa abah siapalah aku dalam dunia ni. Ibu aku dah meninggal dunia masa umur aku 4 tahun. Dua tahun lepas tu, abah kahwin dengan mak tiri aku, Faridah (bukan nama sebenar).
Sejujurnya, banyak pahit dalam hidup aku. S4kitnya, sedihnya.. Allah. Hanya Tuhan yang tahu. Walaupun aku dah ada mak tiri, aku sunyi. Sangat sunyi sebenarnya. Macam-macam yang aku lalui sampai aku jadi imun dengan kehidupan aku.
Tapi aku bersyukur sebab ada juga orang yang sudi jaga aku yang langsung tak ada pertalian d4rah dengan dia. Tapi yang utamanya aku bukan nak cerita tentang aku sepenuhnya. Aku nak cerita tentang abah dan mak tiri aku.
Abah dengan mak tiri aku ni selalu berg4duh. Aku rasa tak terbilang dengan jari berapa kerapnya diorang berg4duh. Abah aku ni jenis yang sabar, sabar, sabar. Tapi sampai satu tahap dia meletop. Mak tiri aku ni pulak, memang jenis yang baran sikit.
Bekeng orang kata. Dua-dua panas. Aku yang sulung ni yang terbako gamaknya. Aku ingat lagi, masa aku kecil dulu, adalah dalam umur 6/7 tahun. Aku nampak diaorang g4duh depan mata aku. Tapi yalah, akal pun masa tu senteng lagi manalah aku faham.
Yang aku faham, aku menangis celah almari. Menggigil takut sebab suara diorang saling bertingkah. Abah aku tengking, tanya aku. “Kau nak aku ceraikan perempuan ni, ke?” Lebih kurang gitulah ayatnya yang aku ingat. Masa tu mak tiri aku tu mengandungkan adik aku.
Dan itulah permulaan kepada perg4duhan yang sering aku jadi saksinya. T4mpar, tarik menarik, tengking menengking, baling membaling.. Argh kalau aku boleh senaraikan, terlalu banyak ye pembaca semua. Terlalu banyak. Malah, ada yang lagi ekstrem dari ini.
Bila aku m4kin besar, diorang m4kin berani g4duh depan adik-adik aku. Aku pantang betul sebab aku faham apa yang adik-adik aku rasa sebab aku dah alami. Adik aku yang lelaki menggigil atas sofa. Aku kelam kabut keluar dari bilik masa tengah bersiap sebab aku dengar suara bapak aku kuat sangat dekat luar.
Abah cuba nak lempang mak tiri aku. Aku berlari dari bilik pergi dapur. Mak aku melawan. Abah aku.. jujur, jujur aku kata abah macam kena rasuk. Cuba nak lempang mak tiri aku lagi. Aku tarik abah aku. Tarik baju dia sebab manalah terlawan kudrat aku nak tenangkan orang yang tengah dalam keadaan marah. Aku merayu kata dahlah, bah! Dahlah!
Aku cuba jadi kuat, cuba jadi berani walaupun aku menggigil teruk. Sebelum – sebelum ni kalau diorang g4duh, aku tak pergi berlari gitu sekali. Tapi entahlah. M4kin aku besar m4kin aku rasa tak tergamak tengok kekasaran berlaku.
Jadi lepas tu, akulah yang jadi kuda putih terbang nak leraikan perg4duhan. Aku tak kisah diorang nak g4duh. G4duhlah. Tapi janganlah g4duh depan adik-adik aku. Diorang masih kecil. Apalah yang diorang tahu. Ada masa, aku nak naik sem baru.
Sebelum hari aku nak balik u tu, diorang g4duh lagi. Esoknya masa aku nak balik, bapak aku tak kasi mak tiri aku ikut. Aku str3ss, aku sedih. Aku ni jarang menangis depan orang. Bila jadi macam ni, aku tak dapat tahan air mata aku, Min.
Aku pergi sebelah rumah atuk aku. Konon memang nak salam tapi bila atuk, mak cik aku tengok aku dengan adik-adik aku lain macam je.. diaorang tanya kenapa? Aku nangis, Min. Depan sed4ra mara aku. Diorang dah boleh agak kalau ‘angin’ mak ayah aku ni tak baik.
Dalam perjalanan balik u yang cuma aku, abah dengan pak cik sed4ra aku seorang, aku menangis tak bersuara. Aku balik u dalam hati yang terluka teruk. Aku murung beberapa hari jugalah masa tu. Masa aku SPM dulu pun aku saksi diorang berg4duh.
Aku jawab exam BI dengan linangan air mata. Aku tahan je tak mau nangis. Nangis orang ingat aku str3ss sebab tengok kertas soalan pulak. Heh.. Aku sayang dua – dua. Aku hargai apa yang orang dah lakukan pada aku.
Kadang-kadang orang tanya, apa rasa ada mak tiri? Kalian, aku sedar diri. Aku tahu aku cuma menumpang. Aku dah cukup syukur mak tiri aku ada tolong jaga makan pakai aku. Tak mungkinlah aku mampu minta dia peluk ciuum aku macam dia peluk ciuum adik-adik aku (anak kandung dia).
Bila orang tanya mak tiri aku tu selalu ke pukul aku. Adeh. Aku nak kata macam mana ya. Biasalah, mak kita sendiri pun begitu ya tak? Aku maafkan semua yang dia dah lakukan atau katakan. Tak untung kalau kita terus berd3ndam atau simpan marah pada benda yang dah berlalu. Aku anggap itu ujian untuk aku sepanjang aku meningkat dewasa.
Sekarang, Alhamdulillah hubungan aku dengan mak tiri aku dah sem4kin baik sejak aku m4kin ramah. Ehek. Dulu aku pendiam. Dengan siapa-siapa memang aku pendiam. Sejak masuk tingkatan 5 sampailah sekarang baru aku rasa ada perubahan dalam diri aku.
Aku jadi m4kin ceria bila aku rapatkan hubungan dengan atuk aku, makcik-makcik aku.
Dulu rapat tapi m4kin besar ni aku nak m4kin rapat dengan mereka semua. Merekalah teman berborak aku. Aku sorang je muda lagi yang lain semua mak mak anggun. Ehek.
Untuk pengetahuan semua, kitaorang semua memang tinggal berjiran. Aku cuma nak bahagia. Biarlah kurang harta sekalipun, aku cuma nak hidup dalam hati yang tenang dalam keluarga yang bahagia. Aku cuma ceritakan sedikit saja perg4duhan yang berlaku antara abah dengan mak tiri aku.
Aku tak kata abah salah dan aku tak kata mak tiri aku yang salah. Kesilapan tu tak pernah berpunca daripada satu pihak tapi kedua-duanya. Buat abah dan ibu dan sesiapa saja termasuk aku.. Lupakanlah d3ndam, lupakanlah rasa amarah sebab amarah takkan mampu tadah kita dengan ketenangan.
Cubalah jadi pemaaf dan memaafkan. Anak-anak m4kin meningkat usia, sudah – sudahlah dengan perg4duhan atas sebab yang tak munasabah yang aku tak ceritakan di sini. Tak tergamak rasanya. Dan untuk pembaca, aku harap janganlah ada kecaman dan aku harap ada yang sudi berikan nasihat untuk aku rungkaikan segala permasalahan. In shaa Allah, terima kasih. Assalamualaikum. Ikhlas, aku yang mahukan secebis kebahagiaan dan ketenangan. – Hani (Bukan nama sebenar)