“Abang aku dari kecik sampai besar tak pernah keluar rumah, sampai ayah letak dalam guni sebab nak bawa keluar rumah…”

Penyakit mental di Malaysia mulai membuka mata banyak pihak untuk mendapatkan rawatan dan tidak memandang enteng kepada penyakit ini. Trauma pada sesuatu peristiwa boleh menyebabkan penyakit ini. Ikuti kisah ini.

Assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku mempunyai abang yang mempunyai OCD dan Anxiety Disorder. Kalau ada sesiapa tak tahu apa itu OCD, Anxiety Disorder boleh google ya.

Secara jujurnya, aku bukanlah pelajar lepasan mana-mana universiti sebab aku memilih untuk bekerja demi menampung ahli keluarga aku yang ramai. Walaupun mendapat keputusan spm yang cemerlang aku memilih untuk mencari pendapatan terlebih dahulu kerana keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil.

Angah membesar tidak sama macam kami adik beradik yang lain di mana angah membesar sendiri di dalam biliknya. Sejak kecil angah selalu bersendirian di dalam bilik dia dan tidak bercakap dengan kami adik beradik waktu itu saya darjah 1.

Masa saya darjah satu 1 saya agak pelik kenapa angah tidak pernah keluar bilik dan hanya keluar bilik ketika tengah malam sahaja itupun untuk makan. Itu pun hanya sekadar nasi dengan minyak hasil gorengan ikan. Angah tidak pernah merungut.

Angah keluar waktu tengah malam sebab angah tahu ayah aku dah tidur masa tu. Jadi, angah boleh keluar waktu tengah malam sahaja. Masa aku darjah 1-6 aku jarang tengok muka angah sebab dia sangat pemalu dan selalu menutup muka (for real) dia dengan surat khabar lama.

Wallahi, muka angah tidak mempunyai sebarang kecacatan dan malah putih melepak. Tetapi aku tidak faham kenapa angah “ Malu sangat” ataupun angah menpunyai keyakinan diri yang terpaling rendah. Angah tidak pergi sekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 5 sebab penyakit misteri yang beliau ada.

Kemudian, angah tidak pernah keluar dari rumah sehingga 10 tahun. Bayangkan abang aku tidak pernah keluar selama 10 tahun dari rumah KECUALI ketika nak berkhatan kan angah masa darjah 6 (agak lewat sebab angah takut dan bimbang) dan ketika berumur 17 tahun akibat dipaksa, diugut oleh ayah aku untuk membuat IC itupun masukkan angah dalam plastik hitam takpun guni, memang kejap. Hanya 2 kali dalam 10 tahun dia keluar.

Selebihnya total lockdown diri dia dalam bilik hujung di rumah kami. Apabila dapat keluar rumah angah seakan seperti rusa masuk kampung. Dia jadi takut akan banyak orang jahat di luar and cakap semua jahat nak tangkap dia.

Angah tidak pernah berpeluang bersekolah disebabkan penyakit misteri dia. Tetapi angah mempunyai bakat yang amat besar iaitu melukis. Aku teringat angah pernah melukis gambar Queen Elizabeth, Princess Diana, Tun Dr Mahathir sebijik 100% sama.

Hidup beliau hanya ditemani surat khabar dan aku pernah menghadiahkan angah sebuah akuarium yang mempunyai seekor ikan flowerhorn untuk beliau jaga. Aku tahu angah bosan duduk sorang-sorang dalam bilik hujung tu. Oleh sebab itu, aku hadiahkan ikan flowerhorn dekat dia.

Antara perkara yang aku sering trauma sehingga kini, Angah dari kecil sering jadi mangsa baran ayah aku. Angah menjadi tempat ayah aku melempiaskan amarah. Cakap lah apa saja yang angah tak pernah kena dari yang biasa hingga yang ekstrem kena cucuh.

Aku pun tidak kurangnya. Sering menjadi mangsa seorang ayah yang baran dan ibu yang tidak ambil peduli. Aku sering dengar angah menangis akibat dipukuI dengan teruk oleh ayah. Abah sangat kejam dekat anak-anak beliau.

Angah selalu menjadi mangsa sebab angah lain daripada yang lain. Ayah aku selalu menggunakan kekerasan untuk pulihkan kan angah tapi sebenarnya langsung tidak membantu malah menambah tekanan pada angah. Angah dianggap anak siaI.

Korang boleh bayangkan angah mula dari darjah 1 sampai tingkatan 5 tidak berani keluar seakan-akan mempunyai social phobia, anxiety yang sangat teruk. Tapi Alhamdulillah sekarang angah dah pulih, angah dah bekerjaya walaupun hanya kerja di sebuah kilang.

Angah dibawa ke rawatan alternatif kononnya kerana terdapat gangguan jiin, hasad dengki dari saudara dari sebeIah mak yang menghantar sesuatu. Kami agak terkejut angah pulih dari penyakit misteri itu dan berani mulai keluar dari rumah dan bekerja. Alhamdulillah.

Walaubagaimanapun, angah sembuh dari penyakit misteri, tetapi tahun 2019 aku mulai menyedari angah mempunyai abnormal behaviour atau perilaku yang tidak seperti biasa iaitu antara kelakuan angah yang tidak normal.

1. Sering bimbang. Angah sering marah aku naik motor sebab dia risau nanti aku eksiden kemudian mati, keluar rumah takut aku kena cuIik walhal aku dah 24 tahun, makan makanan tidak berkhasiat sebab dia takut aku kena k4nser, kena jaga diiet, jaga kebersihan, jangan balik lewat, sentiasa mesej tanya dekat mana. Benda ni berulang-ulang sampai aku rasa stress.

2. Sering risau pasal kuman-kuman terutamanya dekat dapur, tandas, bilik tidur. Angah pernah sampai kunci bilik sebab tak nak bagi aku tidur bilik sebab dia kata ada bawa kuman, dia pernah campak tilam aku kat luar rumah sebab aku tertinggal plastik roti gardenia jagung tu.

3. Angah tak bagi orang kongsi tandas dengan dia aku kalau nak gi tandas kena pergi bilik lain atau turun bawah. Tandas bilik tu sorang sahaja.

4. Solat – dia selalu tanya pasal solat walhal kita dah solat sampai aku rasa stress yang sangat. Kalau dia dalam bilik air mesti lama.

Angah sering jugak diserang panic attack sampai kami bawak dia ke hospitaI. Tetapi tiada apa. Kerisauan angah sampai angah mempunyai stethoscope sendiri, tempat check blood pressure sendiri, thermometer, dan sentiasa risau pasal kesihatan dan jaga makanan.

Wallahi, aku sangat stress dan tertekan dengan angah sebab kerisauan dia membuatkan aku tertekan sehingga aku banyak kali bergaduh dengan dia. Kadang-kadang dia marah aku ada kat dapur sebab dia kata kotor, dia tak bagi aku basuh pinggan.

Jadi, semua pinggan kat rumah dia akan basuh, kalau dia nampak aku ambik cawan ke apa dia akan jerit suruh aku basuh terlebih dahulu. Macam hidup dalam neraka aku ni aku rasa macam kena kawal. Sejak angah pulih dari penyakit misteri itu, angah diduga dengan kesihatan mentaI.

Angah mudah triggered dengan orang lain. Jadi angah mudah marah kalau kita tidak dengar cakap dia. Sebagai contoh, aku tersalah letak tempat sesuatu barang akan akan marah walaupun perkara kecil. Angah kadang-kadang sering bertindak agresif seperti sampai naik tangan kalau aku tidak memenuhi pemikiran tidak rasional dia.

Aku pernah buang pinggan dan mangkuk sebab aku malas cuci dan angah asyik ulang marah dan suruh aku pergi cuci padahal nanti pun boleh kan? Sampai aku stress aku buang pinggan dengan mangkuk tu dekat tingkap rumah.

Sebenarnya, aku kesian dekat angah, terutamanya bila aku tengok dia tidur Aku selalu tengok muka dia masa tidur, kesian ya Allah. Aku dengan angah berkongsi bilik. Aku tahu angah tak minta begini dan aku faham kenapa angah jadi macam ni sebab aku tau angah ada masa silam yang teruk.

Angah dilayan macam binatang oleh ayah dan ibu aku. Cuma waktu angah diserang penyakit dia sering membuat aku tertekan. Aku mula faham angah macam ni, apabila aku ternampak angah join group whatsapp untuk penyakit mentaI di Malaysia.

Kemudian, aku terjumpa ubat-ubat psychiatry angah dalam bilik. Aku tahu itu ubat itu pun sebab aku google. Aku terjumpa surat pengesahan penyakit dia, kad rawatan. Sampai hari ni angah rahsiakan penyakit dia dari sesiapa.

Angah jarang makan ubat that’s why angah susah nak kawal penyakit dia. Aku kesian dengan angah sebab aku pernah nampak dia tersedu-sedu menahan nangis selepas bergaduh dengan ayah aku atau sesiapa dalam ahli keluarga aku.

Sebab angah sering bimbang dan komen banyak benda sehingga mencetuskan pergaduhan. Aku harap kalau kalian mempunyai anak nanti, didiklah anak dengan cara baik bukan dengan kekerasan. Kami adik beradik mempunyai trauma yang melampau sewaktu kecil kerana sikap ayah dan ibu yang baran.

Angah sebenarnya mangsa hasil keganasan dan deraan dari ayah aku sehingga dia mentaI. Doakan angah aku sembuh! Aku sayang dia walalupun dia sering abuse aku mentaIIy. Aku tahu itu penyakit dia sebab ada masa dia boleh kawal and ada masa tidak boleh.

Satu yang aku suka tentang angah dia pemurah, cuma sejak musim pandemik ni aku kena tahan sikit angah sering risau dan sentiasa dengan mask dan sanitizer. Yang benar, – Thoriq

Baca juga: “Suami risau tak kuat iman, paksa hantar anak 5 tahun balik kampung untuk opah jaga”