Abang Bidin “jatuh tergolek” masa sesi live petanda kalah pilihanraya?

Kecoh di media sosial yang memberikan reaksi ‘kejatuhan’ calon PN Sungai Bakap Abang Bidin.

Yang jatuh adalah banner yang dipasang ketika sidang dialog dari PN yang sedang berlangsung. Bukan sekali malah 2 kali banner jatuh ketika sesi live itu sedang berlangsung.

Banner yang terletak di kiri dan kanan itu jatuh akibat tulang besi yang dipasang tidak kukuh ditambah dengan angin yang kuat.

Keadaan itu mengundang persepsi netizen yang mengatakan petanda besar Calon PN itu akan kalah masa pilihanraya nanti.

”Apa tandanya itu?

”Eh, tetiba tumbang banner. Petanda awal.

Banner tu yang tak ada ISO.. bang din ok je,” kata netizen di ruangan komen.

Malah, ada juga netizen yang ‘mata tajam’ mengkaji pergerakan pokok di belakang lokasi berkenaan.

”Kalau ramai perasan, pokok belakang tak goyang…,” kata Asraf.

Bagaimanapun, dalam video tersebut, turut terdengar suara salah seorang daripada tetamu atau panelis yang memberi reaksi spontan tentang kejadian itu.

”Nampak dak.. tu tanda-tanda bahawasanya kita nak menang (PRK kali ini),” katanya.

PRK pada 6 Julai ini akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu iaitu antara calon PH-BN dan Perikatan Nasional (PN).

Calon Perpaduan iaitu Dr Joohari Ariffin akan menentang bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail yang mewakili PN.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kekosongan luar jangka apabila penyandangnya Nor Zamri Latiff daripada Pas meninggal dunia pada 24 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai.

Baca: Ini antara sebab kenapa PMX masih benarkan Blackrock beroperasi di Malaysia, tak sangka..