Abang kepada tunang Sufian Suhaimi dituduh lari daripada bayar hutang, sekali ini respon mengejutkan daripada Sufian Suhami

Penyanyi Sufian Suhaimi baru-baru ini dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. Namun, dalam kegembiraan meraikan hari bahagia ada satu akaun daripada aplikasi X yang tiba-tiba membuka cerita yang kurang enak mengenai tunangnya.

Menurut pemilik akaun tersebut yang dikenali sebagai @meowwwissa, dia mendakwa abang kepada wanita tersebut ada berhutang dengannya sebanyak RM12,000 dan sudah 3 tahun dia menunggu hutang tersebut dilangsaikan.

Dia mendakwa ini sahaja jalan yang ada untuk menuntut hutang dari abang wanita tersebut.

“I dah takde jalan lain. He doesn’t reply to me, he doesn’t show up bila ajak jumpa. How to settle cara baik? Dah 3 tahun aku tunggu hutang aku,” tulisnya dalam sebuah hantaran.

Namun, Sufian Suhaimi tampil membidas kenyataan tersebut dan mendakwa tunangnya tidak mempunyai abang.

“Dia tak ada abang. Kalau ada pun, engkau suruh bakal adik ipar bayarkan dah kenapa.”

Hantaran tersebut mengundang tawa netizen dan akaun tersebut juga telah dipadamkan. Mungkin dia tersilap orang dan terus bertindak memadamkan akaun.

Baca juga: 4 tahun kami PJJ tapi kebelakangan ini isteri mulai berubah jarang jawab call atau tanya khabar, kalau aku call dia marah-marah…”