Sudah hampir seminggu kisah Abang Tesla bermain di TikTok malah makin hangat diperkatakan di media sosial ramai yang terpanggil untuk memberikan pendapat atau lebih banyak kecaman yang diterima.
Kisah Abang Tesla yang kahwin dua dikatakan mahu memperoleh anak memandangkan sudah berapa lama mendirikan rumah tangga bersama isteri yang pertama.
Dalam pada itu seorang usahawan kosmetik yang kini menetap di Australia, Sajat turut menghentam tindakan Abang Tesla menduakan isterinya dan berkahwin lagi satu baru-baru ini.
Menerusi akaun TikTok, Sajat telah memberi respon terhadap kenyataan Abang Tesla yang tular sebelum ini tentang mengapa dia berkahwin dua.
Bagaimanaoun Sajat secara terang-terangan mencemuh alasan Abang Tesla dan berpendapat lelaki itu boleh sahaja menggunakan duitnya untuk membuat prosedur persenyawaan in-vitro (IVF).
Kalau tak boleh ‘tembak’ terus dekat pant*t tu, boleh ‘tembak’ dekat tabung (IVF) faham tak?”
Sajat yang begitu yakin bahawa Abang Tesla hanya menggunakan anak sebagai alasan untuk beristeri dua dan berkata jumlah harga hantaran boleh digunakan untuk membayar kos IVF.
Kata banyak duit, kata kereta Tesla. Takkanlah ‘tembak’ dekat tabung tak mampu nyah?”
Kata-kata Sajat itu membuatkan ramai terhibur sekaligus bersetuju dengan pendapatnya serta berkata pemikirannya lebih bijak daripada Abang Tesla.
Baca juga: Tuan pun naik hairan, rumah kayu 100 tahun masih utuh berdiri