Abby Abadi bengang netizen bandingkan anak, jawab persoalan jarang tonjol adik Marissa

Pelakon Abby Abadi mempersoalkan tindakan netizen yang kerap kali membandingkan anaknya Marissa Dania Hakim dan juga Maria Danisha Hakim.

Ia kerana ibu kepada dua puteri itu dilihat sangat jarang berkongsikan gambar mengenai adik kepada Marissa itu.

Menjawab persoalan itu, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan memberitahu Danisha adalah seorang anak yang tidak suka bergambar.

“Ada je baby (Danisha) ni, cuma dia memang tak rajin nak bergambar. Bila ajak dia suka mengelak, sudahnya tak payah lah.”

@abbyabadiofficial

Replying to @faen_najwa cuba belajar tidak mencari kesalahan org, buleh ke? Ada sebab la kalau gmbrnya kurang.. byk kali dah Sy jawab tentang ini.. karakter setiap anaknpun berbeza. Masa kecik2 bulehlah di atur semua. Dah besar, tak sama.. Awak tenang2 je ok.. Belajar, tengok post org, pastu senyum je.. persoalkan itu ini.. utk apa? 😊

♬ Senyum – As’ad Motawh

“Ini semalam suruh ‘posing’ jap dia okay, senang standby gambar kalau orang tanya dia mana.”

Namun, dia yang kelihatan agak berang memberitahu netizen supaya tidak lagi membanding-bandingkan anaknya kerena karakter mereka amat berbeza.

“Cuba belajar tidak mencari kesalahan orang, boleh tak? Ada sebab la kalau gambarnya kurang, banyak kali dah saya jawab tentang ini.”

“Karakter setiap anak pun berbeza. Masa kecil dulu boleh lah diatur semua, dah besar, tak sama.”

“Awak tenang-tenang sahaja okay. Belajar tengok post orang lepas tu senyum je, persoalkan itu ini..untuk apa?”

Baca juga: Ibu bapa Ruhainies akhirnya dedah perkara sebenar yang berlaku, “Ruhainies agak naughty tapi..”